WD pecah rekod sendiri dengan 96-lapisan storan BiCS4

1,000GB storan dalam satu cip kilat? Ia adalah teknologi terbaru yang diumumkan oleh Western Digital (WD). Pakar storan gergasi dunia ini, telah berjaya menghasilkan teknologi 3D-NAND generasi terbaru, BiCS4 dengan kebolehan 96-lapisan storan menegak.

Setahun yang lepas, WD memperkenalkan BiCS3 yang memiliki 64-lapisan storan. Ia telah mula dipergunakan dalam produk storan pengguna seperti WD Blue 3D NAND SATA SSD dan SanDisk Ultra 3D SSD.

Teknologi BiCS4 ini dibangunkan dengan kerjasama Toshiba Corporation, dan akan diperkenalkan dalam bentuk cip 256-gigabit sehinggalah cip 1-terabit. Melalui teknologi ini, storan kilat dengan kapasiti lebih besar boleh dihasilkan.

Dalam pelan perancangan WD, tahun 2017 akan menyaksikan lebih 75% penghasilan storan dibuat menggunakan teknologi BiCS3. Storan berasaskan BiCS4 dengan teknologi 96-lapisan 3D NAND pula akan menemui pengguna pada tahun 2018.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: