vivo Sembunyikan Pengimbas Cap Jari Disebalik Paparan

Share Button

Pengimbas cap jari adalah satu ciri yang penting pada telefon sekarang. Terbaru, vivo mempamerkan prototaip telefon yang pengimbas cap jarinya tidak kelihatan pada mata penggunanya kerana perkakas itu terletak dibelakang panel paparan telefon.

Pengimbas cap jari masa depan ini menggunakan konsep ultrasonik untuk membaca pola lekukpada cap jari pengguna. Satu komponen piezoelektrik bergetar untuk memindahkan bunyi kepada jari dan hasil pantulan akan dibaca oleh pengimbas khas sebelum mengesahkan empunya cap jari.

vivo mengguna pakai teknologi Sense ID yang dibangunkan oleh pihak Qualcomm yang digunakan pada cip pemproses Snapdragon mereka. Ia adalah teknologi biometrik berasaskan ultra sonik pertama dalam industri. Ia menggunakan gelombang bunyi untuk membaca cap jari daripada kaca atau besi sehingga 1,200 mikrometer tebalnya.

vivo adalah sebuah subsidiari kepada BBK Electronics yang turut memiliki OPPO dan OnePlus. OPPO memang banyak memperkenalkan teknologi baru untuk telefon pintar seperti SuperVOOC, dan  zum optikal 12x. Masalahnya, setakat ini, tiada satupun produk mereka menggunakan teknologi yang gah itu.

Adakah teknologi vivo ini akan ditemui pada produk vivo dalam masa terdekat?

[Sumber: vivoAndroid Police, Qualcomm]

Apa komen anda?