Video Iklan YouTube Terpopular Sepanjang 2017 Adalah…

Share Button

Google Malaysia hari ini menerbitkan senarai video paling popular sepanjang bulan Januari hinggalah Jun 2017 di YouTube Malaysia. Satu pertiga daripada video yang popular adalah bersempena hari perayaan terbesar di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. “Dugaan Raya Aida” oleh TNB mengungguli carta apabila ditonton hampir dua juta kali dalam masa kurang sebulan daripada diterbitkan.

Iklan yang paling lama adalah daripada MyEG yang berdurasi 7 minit manakala yang paling singkat adalah daripada KFC dengan hanya 39 saat. Mari kita lihat senarai video paling popular di YouTube untuk tempoh Januari hingga Jun 2017.

1. Dugaan Raya Aida – Tenaga Nasional


2. KFC Kaki Unite: Finger Licker


3. Samsung Pay: Secure Transaction


4. Filem Pendek Tahun Baru Cina – MyEG


5. Kenali Pembekal McDonald’s Malaysia


6. Love Struck – Hyundai Malaysia


7. Susu Wildan


8. Iklan Telefon OPPO R9s


9. Iklan Kereta Honda BR-V


10. Iklan Tahun Baru Cina 2017 – Qdees

Jika anda merasakan salahs atu iklan tersebut layak menerima anugerah, anda boleh mencalonkan mereka untuk menerima pengiktirafan semasa YouTube Malaysia Ads Awards 2017 yang akan berlangsung pada 8 Disember ini.

10 kategori dipertandingkan dann tahun lepas, iklan Maxis yang bertajuk “The Last Kite Maker” merangkul hadiah iklan terbaik dan menjadi yang terbanyak memenangi hadiah dalam kategori lain.

Lawati laman YouTube Malaysia Ads Awards 2017 untuk mencalonkan video yang anda minati.

Apa komen anda?