Touch ‘n Go Dan Alipay Bakal Gegarkan Sektor e-Wallet Malaysia

Syarikat teknologi kewangan China nampaknya berlumba-lumba untuk memasak kehadiran mereka dalam pasaran Malaysia. Selepas Tancent dilapor sedang berusaha memperkenalkan e-wallet WeChat Pay, Alipay turut dilapor sedang bekerjasama dengan Touch ‘n Go untuk perkara yang sama.

Touch n’ Go adalah sebuah syarikat subsidiari CIMB Group Holdings Berhad yang menguruskan sistem pembayaran nirtunai, Touch ‘n Go (TnG). Dengan 17 juta kad TnG yang telah diedarkan, ia akan membantu AliPay bertumbuh dengan pesat.

Buat masa ini, kekurangan pada Touch ‘n Go adalah ia perlu ditambah nilai di tempat-tempat tertentu sebelum digunakan. Ia boleh digunakan di kebanyakkan pengangkutan awam dan sesetengah restoren seperti Buskin Robins dan DuBuYo.

Tidak perlu lagi membawa wang tunai untuk berbelanja

Di negara yang sudah menggunakan Alipay, pengguna menambat akaun bank mereka pada Alipay dan segala pembayaran daripada perkhidmatan hinggalah membeli barang runcit dibuat hanya menggunakan telefon. Pengguna hanya perlu mengimbas QR kod khas untuk membuat pemindahan sejumlah wang kepada pihak yang berkaitan.

Pengenalan e-Wallet pada TnG dijangka akan memudahkan pengguna tempatan membuat pembayaran elektronik di mana-mana saja. Malahan, Alipay kini diguna pakai di 70 negara oleh lebih 80,000 peniaga.

Kedua-dua Alipay dan WeChat Pay mendukung potensi yang besar. Misalnya pengenalan WeChat Pay dan Alipay di Singapura membuka peluang terhadap pasaran dalam talian China yang bernilai 23.6 trillion kepada pengusaha tempatan.

[Sumber: The Star]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: