Tonton secara langsung pertandingan eSukan antarabangsa di eGG Network percuma

Peminat eSukan di seluruh Malaysia akan berpeluang menyaksikan siaran secara langsung pelbagai acara eSukan antarabangsa dari permainan seperti DotA 2, League of Legends, CS:GO, Mobile Legends serta Vainglory8. Ia bersempena ulangtahun pertama eGG Network, saluran khas eSukan pertama di Malaysia.

eGG Network yang bersiaran di Astro menerusi saluran 808, akan dibuka percuma kepada semua pelanggan Astro selama 100 hari, bermula dari 1 Ogos sehingga 8 November 2017. Ia juga boleh ditonton menerusi aplikasi mudah alih Astro GO.

Kepada bukan pelanggan Astro, anda juga boleh turut sama menonton eGG Network secara percuma dalam tempoh yang sama, menerusi NJOI TV atau aplikasi mudah alih NJOI Now.

Tetapi khusus buat pelanggan Astro, hadiah berupa tiket VIP menonton pertandingan terulung DotA 2, The International 7 (TI7) di TGV Cinemas menanti. Maklumat lengkap tentang peraduan ini akan terdapat di Facebook eGG Network kemudian.

Pasukan yang menyertai The International 7

Siaran percuma eGG Network selama 100 hari ini akan memberikan penonton beberapa pertandingan antarabangsa seperti The International 7 Dota 2 Championships, yang akan bermula dari 2 Ogos sehingga 13 Ogos 2017.

Pertandingan Dota 2 Majors yang akan diadakan pada Oktober kelak turut terdapat di dalam 100 hari siaran percuma ini.

Bagi peminat League of Legends pula, pastinya teruja untuk menyokong pasukan pilihan dalam LoL Worlds Championships, dari 28 September hingga 4 November 2017.

Buat peminat CS:GO, pertandingan ELEAGUE dan StarSeries menanti anda sepanjang bulan September.

Permainan Vainglory8 pula akan dipertandingkan di dalam SEA Summer Championship pada awal bulan September.

Jangan lupa untuk menonton semua pertandingan eSukan ini secara langsung di eGG Network menerusi Astro saluran 808, ataupun di Astro GO, NJOI Now dan juga NJOI TV. Percuma selama 100 hari dari 1 Ogos hingga 8 November 2017.

Maklumat lanjut tentang semua pertandingan dan siarannya boleh dirujuk di lamanweb http://egg.network/ serta Facebook eGG Network.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: