[Test Produk] DJI Spark Dron Yang Kecil Tapi Besar Potensi

Kelebihan

Lengkung belajar yang tidak curam
Dalam harga mampu milik
Tahap mobiliti yang tinggi

Kelemahan

Hayat bateri terhad
Tidak boleh mengambil gambar semasa rakaman video
Tidak boleh merakam video semasa kawalan menggunakan lenggok tangan

“Dron baik semakin murah dan dron murah semakin baik” adalah ungkapan yang paling sesuai untuk dilemparkan terhadap dron terbaru DJI yang dinamakan Spark. DJI Spark adalah dron terkecil dan termurah pernah dihasilkan mereka dan ia ditujukan khas untuk pengguna yang ingin mula menceburkan diri dalam dunia dron.

Hanya sebesar tin minuman dan seberat 300g

Dron kerdil khas untuk selfie sudah lama diimpikan oleh pengguna. Malahan, berlambak kempen Indiegogo dan Kickstarter telah dilancarkan untuk tujuan tersebut. Masalah dengan selfie dron adalah kebanyakannya belum berjaya melepasi fasa konsep (baca: sampah).

Dron mini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi dron mini dengan keupayaan videografi yang mantap adalah sesuatu yang amat unik pada DJI Spark. Seberat hanya 300g, ia sekitarr 50% lebih ringan berbanding Mavic Pro.

DJI Spark diletakkan dalam kategori mampu milik kerana jualannya berbanding dron yang lain. DJI Spark dijual pada harga RM2,288. Sebagai perbandingan, berikut adalah beberapa dron komersial yang terkenal bersama harganya:

  1. DJI Mavic Pro – RM4,299
  2. DJI Phantom 4 Advance – RM5,480
  3. GoPro Karma – RM5,999

DJI Spark Fly More Combo berikan lebih banyak aksesori

Untuk memberikan lebih nilai tambah pada DJI Spark, anda boleh berbelanja RM3,188 untuk membeli Fly More Combo. Fly More Combo untuk DJI Spark memberikan pengguna dengan beberapa aksesori tambahan seperti pelindung kipas, pad kawalan, pengecas, bateri, dan sebuah beg.

TheSkop telah menyediakan empat soalan ini untuk dijawab anda. Jika semuanya “Ya”, maka tidak syak lagi DJI Spark memang ditakdirkan untuk bersama anda. Soalannya adalah:

  1. Adakah miliki masa yang terhad tapi masih mahu merakam gambar di udara?
  2. Adakah baru meminati dron tidak tahu untuk mula dari mana?
  3. Adakah anda tidak mahu menghabiskan masa belajar menerbangkan dron?
  4. Adakah anda seorang yang gemar menyunting video di telefon?

Halaman seterusnya: Lengkung Belajar Yang Mesra

[nextpage title=”Lengkung Belajar Yang Mesra”]

Lengkung Belajar Yang Mesra

Dron adalah sebuah mesin yang kompleks, ia adalah gabungan sebuah pesawat tanpa pemandu dengan sebuah kamera. Maka, penggunaan dron memang semua sedia maklum adalah satu tugas yang rumit lebih-lebih lagi sewaktu melancarkannya.

DJI Spark di atas MI Drone. Perhatikan perbezaan saiz antara mereka.

Tidak seperti dron besar yang lain, Spark boleh beroperasi dalam ruang yang terhad dek saiznya yang kerdil. Teknologi FaceAware mempercepat proses melancarkan dron. Lebih tepat, apabila dron sudah berada di dalam tangan, ia boleh berada di udara dalam masa kurang daripada seminit.

Oleh sebab DJI Spark ditujukan buat pengguna yang baru berjinak dengan dunia dron, DJI berusaha untuk menerapkan pemudah cara dalam setiap segi dron ini termasuklah daripada segi mengawalnya. Sungguhpun tiada alat kawalan, tapak tangan masih boleh berfungsi sebagai alat kawalan kerana pada dron ini terdapat kamera khas untuk mengesan bentuk tangan dan wajah penggunanya.

Menggunakan hanya lenggok tangan, pengguna boleh melakukan beberapa arahan seperti menghantar dron jauh keatas, memperbetul kedudukan dron ataupun mengarahkannya mengambil gambar.

Lampu LED merah menunjukkan dron sedang melakukan proses pengecaman wajah

Lambai kepada dron supaya ia terbang lebih tinggi bagi memuatkan lebih banyak subjek dalam gambar

Arahan menangkap gambar boleh diberikan dari jauh

Jika kawalan tangan anda rasakan terhad, peranti Android dan iOS boleh digunakan sebagai kokpit digital DJI Spark. menggunakan Wi-Fi dron berhubung terus dengan peranti untuk menambah jarak kawalan sehingga 50m tinggi dan 100 meter jauh. Jika masih tidak cukup, ia boleh dikawal pada jarak 1.2km apabila ditambat pada alat kawalan khas.

Butang-butang yang ada pada bahagian muka pad kawalan Spark

Butang-butang yang ada pada bahagian depan pad kawalan Spark

Halaman seterusnya: Berkarya Dengan Mudah

[nextpage title=”Berkarya Dengan Mudah”]

Dron selalu digunakan untuk mengambil video dengan perspektif yang unik. Tetapi, ia memerlukan tahap kawalan yang jitu dan kemahiran yang tinggi daripada juruterbangnya. Selepas duduk semeja dengan orang yang terlibat secara langsung dengan dunia perfileman, DJI memasukkan empat jenis gaya video yang sering digunakan dalam filem.

Antara muka DJI GO 4 yang ringkas tetapi sarat dengan maklumat

Fungsi QuickShot dan pelbagai fungsi pemudah cara yang lain

Tombol digital boleh digunakan untuk mengawal dron

Ia diprogramkan terus kedalam sistem DJI Spark supaya pengguna hanya perlu sentuh dan semuanya akan dijalankan secara automatik oleh dron. Salah satu fungsi rakaman yang menjadi buah mulut pengguna dron seluruh dunia adalah QuickShot.

Dalam QuickShots, anda boleh mengambil video sinematik seperti:

  • Rocket (dron memecut naik dengan kamera menghala kebawah)
  • Dronie (dron menjauhi subjek sambil mendaki)
  • Circle (dron berpusing mengelilingi subjek pada jejari malar)
  • Helix (dron berpintal naik mengelilingi subjek)

Secara keseluruhan, antara muka DJI GO 4 adalah ringkas dan intuitif. Ia tidak sukar untuk dipelajari apatah lagi untuk yang sudah biasa dengan dron.

DJI GO 4 apps selain menjadi kokpit digital pada Spark, ia turut mempunyai helah lain. Padanya, anda boleh menyunting video sejurus dirakam daripada Spark. Fungsi pintar juga hadir untuk mengenal pasti adegan menarik untuk ditekankan dalam video.

Aplikasi DJI GO 4 turut miliki funsi menyunting video

Halaman seterusnya: Sampel Gambar & Video

[nextpage title=”Sampel Gambar & Video”]

Sampel Gambar & Video

Ambil gambar guna gerak tangan

Panorama mendatar

Panorama menegak

Video telah disunting warnanya untuk beri impak dramatik

Halaman seterusnya: Seksyen Untuk Geek & Kesimpulan

[nextpage title=”Seksyen Untuk Geek & Kesimpulan”]

Seksyen Untuk Geek

Tidak seperti dron-dron teknikal yang lain. DJI tidak menayangkan sangat spesifikasi khusu dron ini sebab sasaran penggunanya hanya perlu mengetahui yang dron ini sangat boleh diharapkan dan selamat. Walau bagaimanapun, jika ada geek yang terlepas hingga ke sini, bahagian ini khas untuk anda.

Sensor-sensor yang hadir pada Spark adalah seperti infrared, 3D, GPS, & Glonass yang melipatgandakan tahap keselamatan pada dron ini.

Sensor pengesan yang banyak lipat gandakan keselamatan

Setiap bateri memiliki kapasiti 1,480mAh untuk menguasakan pesawat ini sehingga 16 minit lamanya. Bergantung kepada keadaan angin dan tujuan keselamatan, 10 minit adalah waktu penerbangan ideal kerana baki bateri akan digunakan untuk pulang ke tempat berlepas.

Kameranya setara kamera kompak digital

Kamera DJI Spark dikuasakan sensor 1/2.3” dengan resolusi 12MP. Resolusi imej pegun dan video adalah tetap dan anda tidak boleh mengubah tetapannya.

Antara resolusi imej pegun yang akan anda terima adalah

  • 3968×2976 (tiada penggunaan kawalan lenggok tangan)
  • 1440×1080 (semasa kawalan secara AciveTrack ataupun lenggok tangan)
  • 1440×1080 (efek bokeh)
  • 2300×1280 (panorama melintang)
  • 960×1280 (panorama menegak)

Untuk video pula, Spark sentiasa merakam video 1080p pada kadar 30 bingkai sesaat dengan 24 Mbps bitrate.

Pad kawalan boleh menempatkan telefon sebagai paparan semasa mengemudi

Pad kawalan DJI Spark tidak mempunyai paparan LCD seperti yang ada pada pad kawalan Mavic Pro. Dengan bateri berkapasiti 2,970mAh, ia boleh mengawal dron sehingga 2km jauhnya bergantung pada keadaan persekitaran.

Setiap saat, dron akan menyuapkan video masa nyata pada dron pada resolusi 720p dan sela masa (lag) agak dirasai ketika mengendalikannya. Maka, anda tidak boleh terlalu bergantung pada suapan video untuk menerbangkan dron.

Kesimpulan

DJI Spark adalah sebuah dron yang menjadi jambatan kepada dunia dron yang lebih luas. Pada harga yang rendah, ia amat sesuai dijadikan dron permulaan sebelum berhijrah ke sesuatu yang lebih besar dan canggih.

Sungguhpun kecil, DJI Spark tidak mengorbankan kualitinya. Kualiti video HD penuh adalah cantik dan amat memenuhi keperluan golongan amatur. Gambar pegun juga tajam dengan tahap dedahan yang cukup.

Tiga cara kawalan dron daripada hanya lenggok tangan kepada pad kawalan khas memudahkan dron ini dikendalikan.

Cumanya, beberapa penambahbaikkan boleh dilakukan untuk firmware seterusnya. Yang paling ketara adalah pengguna tidak boleh mula merakam video dengan hanya menggunakan gerak tangan. Kemudian, semasa merakam video, gambar tidak boleh diambil. kedua-dua itu adalah sesuatu yang amat berguna jika ada kelak.

DJI Spark berharga RM2,288 untuk dron sahaja ataupun dengan kombo Fly More yang berharga RM3,188, anda menerima pad kawalan, bateri, satu set bilah, pengecas, dan beg.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: