Terima kasih Honor Malaysia turunkan harga Honor 8

Ketibaan Honor 8 Pro dengan harga yang menarik, menyebabkan kejatuhan harga kepada adiknya Honor 8. Telefon dengan kilauan kaca di belakang ini merupakan jelmaan Huawei P9 tetapi tanpa jenama Leica.

Honor 8 yang dilancarkan pada September tahun lepas, diumumkan berharga RM1,699 bagi storan 32GB dan RM1,899 bagi storan 64GB. Selepas Honor 8 Pro diumumkan jualannya bulan lepas pada harga RM1,999, harga Honor 8 kini diturunkan kepada RM1,399 untuk storan 32GB dan RM1,599 untuk storan 64GB. Semakan di DirectD juga menunjukkan penurunan harga yang sama.

Honor 8 adalah telefon pintar berkuasa tinggi, setaraf Huawei P9. Ia memiliki cip Kirin 950 bersama RAM 4GB. Persamaan ketara kedua-dua telefon ini adalah kamera berkembar di belakang, gandingan lensa monokrom & warna 12MP.

Tarikan utama Honor 8 adalah penggunaan kaca di badan belakang. Ia menghasilkan kilauan unik yang tidak dapat dilihat pada telefon pintar lain. Bateri Honor 8 sebesar 3,000mAh dan boleh dicas pantas melalui port USB-C.

Honor Malaysia kini sedang mengadakan pameran jelajah ke seluruh Malaysia, di mana pada hujung minggu ini, 28-30 Julai mereka akan berada di Sutera Mall, Johor Bahru. Pembeli telefon pintar Honor 8 boleh mendapatkan hadiah percuma berupa pelindung matahari untuk kereta, botol kaca Honor serta U-Ring.

Promosi bagi pembelian Honor 8 Pro pula lebih menarik. Honor menyediakan hadiah percuma berupa T-Shirt Mobile Legend edisi terhad, skin Honor Miya eksklusif serta kotak hadiah premium.

Buat peminat permainan Mobile Legends, Honor 8 Pro merupakan peranti rasmi pertandingan Piala Asia Tenggara Mobile Legends peringkat Malaysia, yang akan diadakan pada hujung minggu ini, 29 & 30 Julai 2017 di Tropicana Citu Mall, Kuala Lumpur. Jangan ketinggalan menyaksikan kumpulan mana yang akan mewakili Malaysia ke peringkat akhir Asia Tenggara.

Lebih menarik, peringkat akhir Singapura juga akan diadakan di tarikh dan lokasi yang sama. Pengunjung Tropicana City Mall hujung minggu ini akan dapat menyaksikan dua pusingan akhir pertandingan Mobile Legends.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: