Tempahan Mi 6 & Mi Max 2 Dibuka Minggu Depan Pada Harga…

Kemas kini

Tempahan sudah dibuka untuk kedua-dua telefon. Anda boleh membuat tempahan melalui pautan berikut:

  1. Mi Max 2
  2. Mi 6

Dua telefon terbaik Xiaomi akan tiba di Malaysia tak lama lagi. Laman Lazada sudahpun menyediakan ruang untuk menempah Mi 6 dan Mi Max 2 bermula Isnin, 31 Julai 2017 ini. Anda juga boleh membuat tempahan di kedai Mi Premium Reseller Quensbay Mall pada hari tersebut.

Mi 6 dan Mi Max 2 masing-masing menerima tanda harga RM1,899 dan RM1,199.

Ia menjadikan Mi 6 sebagai telefon ber-Snapdragon 835 paling murah dalam pasaran ketika ini. Mi Max 2 pula adalah telefon Snapdragon 625 yang miliki bateri paling besar iaitu 5,300mAh.

Selain Snapdragon 835, pengguna Mi 6 juga akan menemui RAM seluas 6GB dengan storan seluas 64GB dan ia menggunakan panel paparan sebesar 5.15″ beresolusi HD penuh.

Kamera berkembar pada Mi 6 mempunyai jarak fokus yang berbeza. Salah satunya memberikan pengezuman 2X tetapi kedua-duanya menggunakan sensor 12MP yang serupa.

Mi Max 2 adalah phablet mampu milik Xioami yang memiliki paparan HD penuh sebesar 6.44″. Ia menggunakan cip Snapdragon 625 untuk digandingkan bersama RAM 4GB dan ruang storan sehingga 128GB.

Bateri besarnya memang menjadi kegemaran pengguna. Bateri 5,300mAh pada telefon ini boleh dicas menggunakan teknologi Quick Charge 3.0.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: