Telefon Terbaik Kurang Daripada RM600 Ialah…

Segmen telefon bajet memiliki golongan penggunanya yang tersendiri. Golongan ini sangat peka dengan perubahan harga serta tidak terlalu bergantung kepada telefon untuk menjalani kehidupan harian. Apa yang mereka perlukan adalah sebuah telefon yang boleh bersosial, ber-Whatsapp, dan sedikit hiburan seperti YouTube.

Mereka tidak menekankan aspek spesifikasi berbanding kebolehgunaan serta tanda harga.

Dalam utusan kali ini, TheSkop menyenaraikan 12 model telefon yang mempunyai harga kurang daripada RM600.

12 peserta senarai “Telefon Bawah RM600 Pilihan TheSkop Adalah“:

1. Samsung Galaxy J1 Mini Prime

2. Lenovo Moto C

3. Vivo Y25

4. Samsung Galaxy J2 Prime

5. Wiko Kenny

6. Neffos X1 Lite

7. Xiaomi Redmi 4A

8. Lenovo Moto C Plus

9. Nokia 3

10. Vivo Y53

11. Wiko Harry

12. Wiko Ufeel Go

Halaman Seterusnya: Perbandingan & Analisis

[nextpage title=”Perbandingan & Analisis”]

Kesemua 12 telefon yang disenaraikan tadi telah kami banding beza spesifikasinya dalam bentuk jadual supaya mudah difahami. Antara pemboleh ubah yang ada adalah seperti:

  1. Saiz Skrin
  2. Resolusi
  3. Pemproses
  4. RAM
  5. Storan Dalam & Luar
  6. Kamera Belakang & Depan
  7. Kehadiran pengimbas cap jari
  8. Bateri
  9. Sistem Operasi
  10. Slot SIM
  11. Harga

Dalam senarai ini, kita ada penyertaan daripada pelbagai pengeluar. Wiko mempunyai 3 model dalam senarai ini manakala Samsung, Vivo, Lenovo masing-masing mempunyai 2 penyertaan. Baki 3 slot diisi oleh Neffos, Xiaomi, dan Nokia.

Jika anda mencari telefon murah untuk orang tua yang perlukan skrin besar, senarai ini kurang sesuai kerana saiz yang paling besar adalah 5.0″. Anda mungkin mencari telefon seperti Xiaomi Mi Max yang sebesar 6.44″.  7 telefon mempunyai paparan bersaiz 5.0″ dengan resolusi 720p.

Ia menunjukkan resolusi 720p amat popular dalam kalangan pengguna.

Hanya dua telefon memiliki pengimbas cap jari pada tahap harga ini iaitu Neffos X1 Lite dan Wiko Ufeel Go.

Daripada segi cip pemproses, 8 daripada 12 menggunakan cip Mediatek, dan hanya 2 menggunakan Snapdragon 425. Neffos X1 Lite menggunakan cip MediaTek 6750 yang lebih baru berbanding pesaing. Cip tersebut memiliki clockspeed lebih tinggi antara semuanya termasuklah Snapdragon 425.

Wiko Harry memiliki jumlah RAM yang tertinggi iaitu 3GB sedangkan majoriti yang lain memiliki RAM sebesar 2GB. Kedua-dua telefon Samsung menggunakan RAM lebih rendah daripada 2GB bersama-sama Moto C dan Vivo Y25.

Dengan storan seluas 32GB, Redmi 4A satu-satunya teleofn yang mempunyai ruang simpanan sedemikian. Telefon daripada jenama lain memiliki 16GB storan kecuali Samsung yang hanya memberikan 8GB ruang storan. Semua telefon mempunyai slot mikro-SD untuk meluaskan storan.

Jika anda menitikberatkan kamera pada telefon anda, empat model yang mempunyai kamera belakang yang baik adalah Neffos X1 Lite, Redmi 4A, Wiko Harry, dan Wiko Ufeel Go. Mereka mempunyai sensor 13MP sebagai kamera belakang.

Walau bagaimanapun, Neffos X1 Lite mempunyai autofokus PDAF yang sudah tentu lebih pantas dalam membidik fokus.

Moto C Plus dan Wiko Ufeel Go memiliki bateri terbesar dalam senarai ini iaitu 4,000mAh. Semua daripada mereka tiada fungsi pengecasan pantas. Maka bateri yang besar amat penting untuk kelangsungan penggunaan seharian anda.

Separuh telefon dalam senarai ini menggunakan sama ada sistem operasi Android 7 Nougat dan Android 6 Marshmallow. TheSkop menyarankan pengguna memilih telefon yang menggunakan Android terkini kerana telefon murah biasanya jarang menerima kemas kini yang kerap.

TheSkop telah memilih telefon…

Kami beranggapan bahawa Neffos X1 Lite memberikan nilai lebih tinggi pada anda. Telefon ini menggunakan cip MediaTek yang paling baru. Maka, ia lebih pantas daripada cip yang lain kerana clockspeed-nya yang lebih tinggi.  Ia juga memiliki kamera 13MP, yang tertinggi dalam senarai ini.

Bateri pada Neffos X1 Lite agak besar iaitu 3,000mAh. Ia berpadanan dengan badan 5.0″-nya.

Namun begitu, jika anda memang tidak endah dengan spesifikasi, kami sarankan Nokia 3 kepada anda. Walaupun spesifikasinya tak segempak telefon yang lain, kualiti binaannya pada permerhatian kami adalah yang terbaik.

Sebagai perbandingan Neffos X1 Lite, menggunakan materi plastik untuk cengkerang luarnya. Nokia 3 pula menggunakan besi sepenuhnya. Badannya ditempa daripada sebongkah blok alumunium seperti badan sebuah telefon flagship.

Neffos X1 Lite berharga RM499 manakala Nokia 3 dijual pada harga RM599.

Jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana telefon yang disenaraikan dalam artikel ini, anda boleh menggunakan pautan di bawah ini:

  1. Samsung J1 Mini Prime
  2. Lenovo Moto C
  3. Vivo Y25
  4. Samsung Galaxy J2 Prime
  5. Wiko Kenny
  6. Neffos X1 Lite
  7. Xiaomi Redmi 4A
  8. Lenovo Moto C Plus
  9. Nokia 3
  10. Vivo Y53
  11. Wiko Harry
  12. Wiko Ufeel Go

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: