Telefon Pertama AR +VR + RAM 8GB Tiba Di Malaysia

Telefon yang menyokong kedua-dua teknologi Tango dan Daydream daripada Google kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Zenfone AR diperkenalkan buat pertama kalinya di acara CES 2017 Las Vegas awal tahun ini untuk menjadi telefon pertama yang memiliki RAM 8GB.

Tango miliki satu set sensor khas yang terbina pada Zenfone AR yang bergandingan dengan perisisan coputer-vision dalam AR manakala Daydream merupakan platform VR Google.

Tiga kamera belakang hadir masing-masing dengan tugasnya yang tersendiri; satu untuk mengesan pergerakan, satu untuk mengesan kedalaman, dan yang terakhir untuk mengambil gambar biasa.

Menggunakan ketiga-tiga kamera, pengguna boleh menikmati teknologi AR seperti memperagakan perabot digital di ruang rumah sebelum membelinya. Permainan berasaskan AR juga boleh dimainkan pada telefon ini.

Pada papan induk, anda akan menemui cip Snapdragon 821 yang bergandingan dengan RAM sehingga 8GB. Panel paparan yang digunakan adalah daripada jenis Super AMOLED 5.7 inci beresolusi 1440p.

Teknologi SonicMaster 3.0 memberikan keupayaan audio yang tinggi pada Zenfone AR. 5 speaker hadir di sekeliling telefon bagi memberikan tahap bunyi 140% lebih kuar berbanding kebiasaan.

Zenfone AR dijual pada harga RM3,799 dan akam mula dijual selewat-lewatnya Isnin (11 Julai 2017) melalui pengedar sah diseluruh negara ataupun melalaui Lazada.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: