Telefon Harga Poket Ketat, Neffos X1 Lite

Neffos X1 Lite adalah telefon terbaru yang menyertai dua lagi telefon Neffox siri X1 yang sudahpun berada di Malaysia seawal Januari yang lalu. Neffos X1 Lite diletakkan dalam kelas pertengahan dan pada harga RM499, ia adalah antara Android termurah yang menjalankan Nougat.

Telefon ini menggunakan panel paparan sebesar 5 inci daripada jenis IPS dengan resolusi 720p. Pada papan utamanya Neffos meletakkan cip MediaTek MT6750 bersama-sama RAM 2GB serta storan dalaman seluas 16GB.

Satu slot mikro-SD disediakan jika storan dalaman tidak mencukupi. Ia boleh menyokong kad sehingga 128GB luasnya. Pada bahagian optikal, Neffos X1 Lite memiliki kamera belakang dengan sensor 13MP bersama sistem autofokus PDAF. Kamera depan miliki sudut pandang 84 darjah dilengkapi sensor 5MP disebalik kanta kameranya.

Neffox X1 Lite dijual pada harga RM499 dan boleh mula dibeli awal Ogos 2017. Sentiasa lawati laman rasmi neffos di Lazada untuk membuat tempahan.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: