Samsung Galaxy Note7 Menjelma Semula Sebagai Galaxy Note FE

Share Button

2016 adalah tahun yang amat ingin dilupakan Samsung apabila siri Galaxy Note generasi ke-7 mereka dilanda masalah berpunca kelemahan pada baterinya. Ia menyebabkan kesemua unit Samsung Galaxy Note7 terpaksa ditarik balik dan menyebabkan kerugian USD 17 billion pada pihak Samsung.

Tapi 7 Julai 2017 ini, menurut syarikat telko kebangsaan Korea Selatan, LG UPlus, Samsung akan menjual semula versi yang telah diperbaik dan dinamakan semula kepada Galaxy Note Fan Edition (FE).

Perbezaan Note7 dengan Note FE adalah saiz bateri yang telah dikecilkan daripada 3,500mAh kepada 3,200mAh dan semua komponen telah melalui saringan yang amat ketat sebelum dipateri pada papan utama. Samsung juga memaklumkan bahawa telefon yang bakal dijual ini bukanlah telefon yang telah dipulangkan, sebaliknya semuanya dibina daripada komponen Galaxy Note7 yang tidak habis dipakai tempoh hari.

Note FE akan hanya dijual di pasaran Korea sebanyak 400,000 unit sebagai permulaan. Tiada maklumat berkaitan harga dikenakan adalah 699,600 KRW (RM 2,616). Sebelum ini, Samsung Galaxy Note7 semasa dilancarkan berharga  RM3,199 manakala Galaxy Note5 yang masih dijual di pasaran Malaysia kini berharga RM2,399.

Galaxy Note8 dijangkakan dilancarkan pada penghujung bulan 8 dan bakal mendukung cip pemproses yang lebih baru berbanding Note7 iaitu Exynoes 8895 dan Snapdragon 835. Jumlah RAM juga dipertingkat kepada 6GB daripada 4GB dan khabar angin kuat mengatakan yang ia akan menggunakan konfigurasi kamera berkembar.

Adakah anda ingin menunggu Galaxy Note8 ataupun teruskan dengan Galaxy Note FE kalau ia dilancarkan di Malaysia kelak?

[Sumber: DroidHolicSamsung]

Comments

Trackbacks

  1. […] Julai yang lalu, Samsung Korea mengumumkan Samsung Galaxy FE. Ia adalah Galaxy Note7 telah diperbaiki kelemahannya pada bahagian bateri. Sebanyak 400,000 unit […]

Apa komen anda?