Samsung Bakal Lancar Sesuatu Yang Besar Ogos Ini

Samsung Mobile melalui laman Twitternya telah mengesahkan tarikh pelancaran Galaxy Note8 pada 23 Ogos 2017. Sungguhpun Samsung masih belum berkongsi tentang rupa Galaxy Note8, rekaan telefon itu sudahpun tersebar secara meluas di Internet.

Misalnya, laman dbrand yang menjual pelekat pelindung telefon sudahpun memasukkan produk berkaitan Note8 pada laman mereka.

Daripada gambar-gambar yang dibocorkan, Galaxy Note8 menggunakan konfigurasi kamera berkembar. Pengimbas cap jari juga diletakkan pada bahagian tepi kamera, sama seperti Galaxy S8/S8+. Ia memberi ruang untuk paparan InfinityDisplay. Panel ini melenyapkan hampir keseluruhan bingkai hitam pada bahagian kiri dan kanan bagi memaksimumkan nisbah paparan kepada bingkai telefon.

Pengguna bakal menikmati paparan lebar 18.5:9 sebesar 5.3″. Paparan sebegini sesuai digunakan menonton movie kerana letterbox atas dan bawah dimansuhkan.

Ramai berspekulasi bahawa teleofn ini memiliki perkakasan yang hampir serupa dengan Galaxy S8/S8+ seperti cip Exynos 8895, RAM sehingga 6GB serta bateri yang agak kecil iaitu 3,300mAh.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: