Gajet Bawah RM100 Pilihan TheSkop

Berapa banyak duit raya yang anda terima tahun ini? Kalau bukan anda pun, mungkin anak anda yang terima. Biasanya si ayahlah yang akan menjadi pegawai bank tak bertauliah mengawal selia duit anak-anaknya. Membuka akaun Tabung Haji adalah keutamaan paling tinggi bagi memulakan perjalanan anak-anak anda ke tanah suci kelak.

Sungguhpun begitu, bagi yang sudah selesai dan masih tercari-cari dimana tempat yang boleh dimanfaatkan wang tersebut, kami ada sediakan 10 gajet bawah RM100 yang boleh dipertimbangkan anda.


Aksesori USB
<RM50

Aksesori USB hadir dalam pelbagai rupa dan fungsi, daripada kipas dan lampu hinggalah benda-benda yang pelik seperti pemanas cawan dan sebagainya. Rata-ratanya aksesori USB adalah murah dan tidaklah bertujuan untuk diguna dalam jangka masa yang panjang kerana kebanyakannya mudah rosak.

Tetapi untuk menyejukkan muka ataupun menerangi ruang semasa kecemasa, aksesori USB memang sangat berguna.

Link Link


Spotify
RM45/tahun

Bila kali terakhir anda dengar MP3? Spotify kini ada segala muzik yang ingin anda dengar dan anda tak perlu lagi menelefon stesen radio untuk meminta lagu kegemaran.

Spotify Family menyediakan sehingga 6 akaun Spotify premium pada harga RM22.40/bulan. Sedikit aritmatik mudah, untuk setahun anda hanya perlu membayar RM45/tahun dengan syarat anda menghimpunkan 5 orang kawan lagi untuk berkongsi kos.

Link


Powerbank
Mi 10,000 mAh
RM52

Bank yang paling pesat berkembang adalah powerbank. Sukar untuk bertahan seharian tanpa pek kuasa untuk membekalkan jus tenaga pada telefon. Xiaomi adalah antara jenama powerbank yang berkualiti dalam pasaran. Bukan saja badannya diperbuat daripada besi, rekaan langsing badannya memudahkan penyimpanan.

Link


Mikroskop
RM55

Siapa tak pernah bercita-cita menjadi saintis sewaktu sekolah rendah dulu? Mikroskop dengan 450 kali kuasa pembesaran sudah tentu memberikan anak-anak anda atau anda degnan perspektif yang baru. Boleh juga menjadi hobi baru selain hanya menonton video di gajet.

Link


Tetikus Gaming
Logitech G300s
RM70

Gaming mouse adalah ruji pada hari ini. Ia bukan lagi akesori untuk bermain semata-mata. Selalunya tetikus gaming mempunyai butang tambahan yang boleh diprogramkan untuk menjalankan arahan tertentu. Maka, pengguna aplikasi seperti Photoshop dan seangkatannya boleh menetapkan butang tambahan untuk Undo, Redo dan sebagainya.

Link


Gelang Kecergasan
Mi Band 2
RM75

Xiaomi Mi Band 2 adalah antara gelang kecergasan termurah dalam pasaran. Ia membolehkan anda merekodkan aktiviti seharian melalui sensor akselerometer dan denyutan nadi yang terbina dalamnya. Gelang ini kalis air dan debu, maka anda boleh mandi bersamanya.

Paparan LED boleh memberitahu masa ataupun menyalurkan notifikasi seperti panggilan dan mesej masuk ke telefon anda. Gelang getahnya boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian warna.

Link


MI
ROIDMI 2S
RM79

Tadi dah beli Spotify, sekarang mestilah nak dengar bukan? Roidmi 2S boleh berhubung dengan telefon anda secara Bluetooth kemudian memancarkan lagu daripada telefon kepada radio telefon menggunakan frekuensi radio FM. Bukan itu saja, dua port USB membekalkan 2.4A arus untuk mengecas dua peranti anda secara serentak.

Link


Pengecas USB
Aukey PA-T1
RM87

Rumah terbuka memang memeningkan jika semua ingin mengecas gajet mereka serentak. Bertebaranlah tetamu di sekitar rumah mencari palam elektrik. Aukey PA-T1 menyediakan 5 port pengecas USB dengan setiap satunya membekalkan sehingga 2.4A arus. Salah satu port-nya menyokong QuickCharge 2.0.

Beli ini dan tetamu anda pasti menyukainya.

Link


Walkie-Talkie
BaoFeng BF-888S
RM88

Walkie-talkie ini sangat popular dalam kalangan kelab-kelab permotoran oleh sebab harganya yang amat murah. Ia selalu digunakan untuk mengawal selia konvoi. Pada harga RM88 sepasang, anda terus boleh berhubung dengan ahli-ahli konvoi lain menuju ke rumah terbuka Hari Raya yang berikutnya.

Link


Teleskop
EcoSport F36050
RM89

Teleskop jenis pantulan ini memberikan 90 kali kuasa pembesaran. Tiada masalah untuk anda mencerap bulan ataupun objek yang biasa kelihatan di langit kita seperti Marikh, Musytari dan Zuhal.

Link


Dron Selfie
JJRC H37 ELFIE
RM156

Walaupun dron ini berharga lebih daripada RM100, susah untuk menidakkannya dalam senarai ini. Untuk yang ingin belajar mengendalikan dron, Berbanding DJI Spark yang berharga lebih RM2 ribu, RM159 sudah tentu tidak meninggalkan kesan yang mendalam jika ia terhempas.

Sungguhpun begitu, ia masih memiliki kamera 720p untuk mengambil gambar udara jika anda mahu.

Link

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: