Moto G5S Plus Terima Kamera Ketiga Dan Skrin Lebih Besar

Moto G5 Plus dilancarkan di MWC 2017 tempoh hari dan baru sebulan berada di Malaysia. Terkini, Lenovo dilaporkan bakal melancarkan Moto G5S Plus yang mirip G5 Plus, tetapi menerima beberapa perubahan terutama pada kamera dan paparan.

G5S Plus menampilkan pengunaan kamera berkembar 13MP setiap satu. Kamera monokrom sebagai kamera sekunder meningkatkan butiran dan memberi impak yang maksimum pada gambar terutamanya imej hitam putih. Kamera berkembar juga membolehkan telefon memeberikan kesan bokeh yang lebih realistik.

Bahagian belakang Moto G5 Plus dengan kamera tunggal

Kamera depan turut menerima pembaharuan dengan sensor 8MP digunakan untuk menggantikan sensor 5MP pada G5 Plus yang asal.

Walaupun paparan G5S Plus telah diperbesar sebanyak daripada 5.2″ kepada 5.5″, resolusi panel LCD masih kekal pada HD Penuh. Komponen yang masih dikekalkan adalah seperti cip Snapdragon 625 dan RAM sehingga 4GB.

Jika anda berminat dengan, Moto G5 Plus dan tidak mahu menunggu G5S Plus, ia kini dijual di Malaysia pada harga RM1,299 dan boleh dibeli secara dalam talian di Lazada ataupun di pengedar sah diseluruh Malaysia.

[Sumber: VentureBeat]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: