Minum Milo KAW Dalam Termos MILO Edisi Sukan SEA 2017

Negara kita akan menjadi tuan rumah untuk temasya sukan SEA 2017 yang akan berlangsung pada 19 Ogos hingga 30 Ogos. Bersempena dengan peristiwa tersebut, MILO melancarkan produk edisi terhad MILO KAW dan juga program penebusan MILO SEA Games.

MILO Kaw adalah MILO yang dihasilkan daripada resipi berbeza daripada produk biasa mereka. Rumusan khas bagi meraikan meraikan empat atlet negara yang dipilih MILO untuk menghias empat tin MILO KAW edisi terhad. Akan berhempas pula di Sukan SEA 2017 kelak, mereka ialah:

  • Abdul Latif Romly – Lompat Jauh
  • Joel Van Huizen – Hoki
  • Nur Dhabitah Sabri – Penerjun
  • Syakilla Salni – Karate

Peminat MILO juga berpeluang merasai bahang sukan SEA melalui program penebusan khas. Pengguna yang membeli produk-produk MILO tertentu boleh menggunakan paket yang telah kosong untuk menebus flask air edisi terhad.

Flask MILO juara diperbuat daripada stainless steel dan hadir dalam warna emas (Emas Elit), Perak (Perak Perdana), gangsa (Gangsa Gemilang), dan hijau MILO (MILO Juara). Mereka boleh ditebus antara 1 Julai hingga 30 September 2017.

Penebusan boleh dibuat secara pos ataupun di kaunter penebusan segera. Lokasi penebusan segera agak terhad dan tiada lokasi penebusan segera disediakan untuk pengguna Selangor dan Kuala Lumpur. Untuk negeri lain, mereka boleh merujuk lokasinya halaman ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari halaman berikut:

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: