Malaysia dan Singapura bertempur demi Mobile Legends

Nampaknya peminat Mobile Legends di Malaysia tidak tergugat dengan saman Riot Games terhadap Moontoon, kerana pertandingan Mobile Legends semakin rancak diadakan. Salah satu darinya, adalah pertandingan Piala Asia Tenggara yang memasuki pusingan akhir pada hujung bulan ini.

Dilabelkan sebagai acara eSukan mudah alih persendirian paling besar di Malaysia, Piala Asia Tenggara Mobile Legends ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai USD10,000 (~RM42,800).

Pusingan akhir ini akan diadakan pada 29 & 30 Julai, di pusat membeli-belah Tropicana City Mall. Malah, juara dan pemenang tempat kedua masing-masing akan membawa pulang telefon pintar Honor 8 Pro yang berkuasa tinggi.

Pasukan dari Malaysia di pusingan akhir

Pertandingan akhir ini merupakan acara 2-dalam-1 di mana pusingan akhir bagi peringkat Malaysia dan Singapura diadakan serentak. Penonton yang hadir pasti lebih teruja apabila dapat menonton sendiri dua pusingan akhir Mobile Legends dalam satu tempat.

Honor 8 Pro, telefon pintar terbaru yang dilancarkan di Malaysia minggu lepas turut sama beraksi di sini sebagai telefon pintar rasmi pertandingan. Bagi yang tidak dapat hadir, saluran eGG Network di Astro turut akan menyiarkan pertandingan ini secara langsung.

Ikuti maklumat lanjut dan kemas kini terbaru pertandingan ini menerusi Facebook Mobile Legends Malaysia.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: