Machines Lelong Barang Apple Untuk Kosongkan Gudang

Kemas kini 26 Julai 2017

Machines sudah pun menerbitkan senarai produk yang menerima harga promosi.

 


Jualan melicin gudang Machines kembali lagi! Jika tahun lepas ia diadakan di Jaya One, tahun ini cawangan Machines di tingkat 4 Avenue K, Kuala Lumpur menjadi hosnya.

 

So, anything planned out next week?

Posted by Machines onĀ Thursday, July 20, 2017

Tiada butiran khusus tenang produk apa yang bakal menerima potongan harga pada keraian tersebut. Tetapi jika anda merujuk pada jualan tahun lepas, iPhone 6 menerima potongan harga sehingga 50% menjadi hanya RM1,349 daripada RM2,699.

Apa yang anda perlu beri perhatian adalah kebanyakkan produk yang terlibat dengan jualan ini adalah set demo ataupun set yang sudahpun dibuka kotaknya. Tapi siapa kisah kalau ia masih berfungsi seperti sepatutnya, bukan?

Jualan licin gudan Machines 2016

Jualan mengosongkan gudang ini akan bermula pada Jumaat (28 Julai hinggalah 30 Julai, antara 10 pagi hingga 6 petang). Ahli Machines+ pula dapat menyertai jualan itu sehari lebih awal iaitu pada 27 Julai.

Nak jadi ahli Machines+? Sila singgah ke mana-mana cawangan Machines dan daftarkan diri anda pada harga RM30/tahun.

[Sumber: Machines]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: