Huawei Y7 Prime muncul saiz besar

Huawei Malaysia memperkenalkan satu telefon pintar baru, Huawei Y7 Prime dengan rupa premium tetapi berharga mampu milik. Dengan tema besar skrin, bateri, kamera dan storan, ia akan mula dijual di Malaysia bermula 7 Julai 2017 di semua Stor Huawei di seluruh Malaysia.

Huawei Y7 Prime ini akan dijual pada harga RM999, dengan dua pilihan warna iaitu Emas dan Hitam. Ia memiliki badan besi sepenuhnya, dengan skrin berkeluasan 5.5-inci HD berlapiskan kaca melengkung 2.5D serta pengimbas cap jari di belakang.

Telefon ini diperkasa cip Snapdragon 435 8-teras, RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Kuasa ini dijana oleh bateri berkapasiti 4,000mAh untuk penggunaan yang lama. Dwi sim kad 4G berkongsi tempat dengan kad mikroSD dalam slot hibrid di dalamnya.

Di bahagian kamera pula, Y7 Prime menggunakan kamera belakang 12MP dengan piksel 1.25-mikron, manakala kamera depannya 8MP F2.0. Peranti ini menjalankan sistem operasi terkini Android 7.0 Nougat bersama antaramuka EMUI 5.1.

Harga Huawei Y7 Prime ini hampir sama dengan Redmi Note 4 yang memiliki pemproses, RAM dan storan yang lebih baik. Tetapi jika anda berminat dengan telefon Huawei ini, dapatkan lebih banyak info di laman produk Huawei Y7 Prime.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: