honor 8 Pro muncul dengan tawaran tempahan awal

honor Malaysia sebelum ini telah memberi gambaran ketibaan telefon pintar honor 8 Pro dan kini, ia telah disahkan melalui pra-tempahan yang telah dibuka di 11street. Harganya turut jelas kelihatan, hanya RM1,999.

Tempahan awal honor 8 Pro ini turut akan menerima hadiah percuma berupa powerbank 10,000mAh, kabel USB-C dan baucer, kesemuanya bernilai RM250. Tempahan awal ini dibuka sehingga 12 Julai, dan akan mula dihantar pada 13 Julai 2017. Dua warna ditawarkan iaitu Hitam dan Biru.

Tawaran di 11street ini dilihat selaras dengan pengumuman honor Malaysia, yang akan melancarkan honor 8 Pro pada 11 Julai 2017.

Dengan nama PRO padanya, jelas ia adalah telefon pintar yang seakan serupa dengan honor 8, dengan kuasa tambahan lebih hebat. Ia bermula dengan skrin lebih luas, berukuran 5.7-inci serta resolusi lebih tinggi Quad HD 2560×1440.

Prestasinya digandakan dengan penggunaan cip Kirin 960, RAM sebesar 6GB serta storan dalaman 64GB. Badannya mengekalkan materi besi, dengan pengimbas cap jari diletakkan di belakang.

Kamera dwi-lensa 12MP gandingan sensor RGB dan monokrom menjadi penembak utama di bahagian belakang, dengan kamera lensa tunggal 8MP digunakan untuk tangkapan swafoto di depan.

Telefon ini juga menerima peningkatan kapasiti bateri, sebesar 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 9V/2A melalui USB-C.

Harga RM1,999 yang diletakkan pada honor 8 Pro dilihat agak menarik, apabila dibandingkan kelebihan yang terdapat padanya berbanding honor 8 yang berharga RM1,899. Ia menjadi lebih menarik dengan tawaran hadiah percuma yang disediakan menerusi tempahan awal di 11street ini.

Tertarik dengan promosi di 11street ini? Segera lawati laman pra tempahan honor 8 Pro sekarang untuk memastikan anda tidak ketinggalan menerima hadiah percuma bernilai RM250 ini, kerana ia tawaran yang terhad.

Di samping itu, ikuti kami pada 11 Julai nanti di majlis pelancaran rasmi honor 8 Pro di Malaysia.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: