Di mana U Mobile dah guna spektrum 900MHz?

Semasa majlis pelancaran Stor Flagship U Mobile di Berjaya Times Square, kami sempat bertemu dan berbual dengan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) U Mobile, Too Tian Jen. Sambil itu, kami cuba mendapatkan maklumat tentang perkembangan rangkaian U Mobile di Malaysia.

S: Apa yang telah dilakukan U Mobile dengan spektrum 900MHz yang baru diterima?

J: U Mobile kini telah mula menggunakan spektrum 900MHz di Johor Bahru dan Ipoh. Ia akan diikuti Pulau Pinang dan kemudian Lembah Klang. Pengguna U Mobile di kawasan ini boleh menjangkakan peningkatan perkhidmatan dalam masa 3 bulan.

S: U Mobile ada bekerjasama dengan MRT untuk menyediakan liputan sepanjang perjalanan?

J: Pengguna U Mobile dapat menggunakan rangkaian U Mobile dengan baik di sepanjang perjalanan MRT yang baru dibuka. MRT melalui rakannya telah menyediakan tapak untuk U Mobile meletakkan infrastruktur. Dari situ, U Mobile dapat bersama-sama memasang pemancar semasa projek MRT sedang berjalan, sekaligus terus memberikan liputan menyeluruh kepada pengguna apabila MRT mula beroperasi.

S: Banyak negara telah mula menutup rangkaian 2G. Adakah U Mobile akan mengambil langkah yang sama?

J: U Mobile bermula dengan lesen rangkaian 3G, jadi U Mobile tidak memiliki pemancar 2G. Ia bergantung kepada kerajaan dan permintaan ramai sampai bila rangkaian 2G ini akan digunakan. Buat masa ini, tiada pelan konkrit berkenaan penamatan rangkaian 2G di Malaysia.

Jadi, inilah sedikit dapatan dari perbualan singkat kami bersama CTO U Mobile tadi. Mudah-mudahan liputan dan rangkaian U Mobile akan bertambah baik dengan spektrum baru 900MHz dan naiktaraf yang sedang mereka lakukan.

Jangan lupa, masih berbaki 3 hari lagi rangkaian U Mobile akan terdapat sedikit gangguan. Boleh rujuk balik dalam laporan kami di sini. Jangan kata orang tak bagitau.

Too Tian Jen, berdiri belakang dua dari kanan

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: