Canon EOS 200D Antara Kamera Vlog Terbaik 2017

Canon Malaysia mengumumkan dua kamera DSLR untuk mengemas kini barisan kamera DSLR kelas permulaan dan pertengahan mereka iaitu Canon EOS 200D dan EOS 6D Mark II.

EOS 200D menerima satu penambahbaikkan ketara berbanding 100D. Ia masih sekompak model yang lama tetapi kini Canon memberikannya bateri baru yang lebih tinggi kapasiti, daripada 875mAh ke 1040mAh.

Selain fizikal yang kecil, ciri-ciri lain yang akan menambat hati para vlogger diluar sana adalah seperti kehadiran port mikrofon serta hot shoe untuk meletakkan mikrofon ataupun lampu flash.

Skrinnya boleh kilas dan kini ia menerima input sentuhan. Daripada segi kemampuan video, 1080p pada kadar 60fps sudah cukup untuk menghasilkan video yang menarik.

Fungsi Wi-Fi, NFC, dan Bluetooth turut akan membantu penggunanya mengawal kamera menggunakan pelbagai cara.

Daripada sudut teknikal, EOS 200D menggunakan sensor APS-C beresolusi 24.2MP. Cip DIGIC 7 yang digunakan pada kamera ini turut boleh ditemui pada EOS 6D Mark II, EOS 800D, dan EOS M6 yang lebih canggih.

EOS 6D Mark II pula adalah DSLR full frame paling ringan dan ia satu-satunya kamera dalam kelasnya yang miliki skrin boleh kilas. Secara asasnya, ia adalah versi lite kepada 5D Mark IV.

Menggunakan cip DIGIC 7, ia mampu memproses tangkapan foto selanjar sepantas 6.5fps, 0.5fps lebih perlahan daripada 5D Mark IV.

Sensor pengimejan pada 60D Mark II adalah daripada jenis APS-C dengan resolusi 24.2MP.

Sistem autofokus menerima naik taraf yang signifikan. Ia kini ada 45 titik fokus, semuanya jenis silang dan teknologi Dual Pixel CMOS AF sudah tentu memudahkan jurugambar sukan.

Untuk memudahkan penggunanya, kamera ini miliki Wi-Fi, GPS, Bluetooth, dan NFC.

EOS 200D dan 6D Mark 2 masing-masing dijual pada harga seperti berikut:

  • EOS 200D – Badan + lensa EF-S 18-55 IS — RM 2,999
  • EOS 6D Mark II – Badan saja — RM 8,899
  • EOS 6D Mark II – Badan + Lensa EF 24-70 L IS USM — RM 11,999
  • EOS 6D Mark II – Badan + Lensa EF 24-105 L IS II USM — RM 12,999

Mereka akan mula dijual seawal Ogos ini. Layari laman Canon di Lazada untuk melihat produk itu.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: