Asus Malaysia Pamer Gamber “Teaser” ZenFone 4

Asus Malaysia melalui laman Facebook mereka telah memuat naik imej-imej teaser untuk telefon Zenfone 4 yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Walaupun tiada gambar berkaitan reka bentuk telefon tersebut, empat gambar yang dikongsikan jelas mencadangkan ia adalah sebuah telefon dengan kamera berkembar.

Merujuk kepada gambar-gambar tersebut, kamera pada ZenFone 4 mempunyai keupyaan mengambil gambar dalam keadaan malap yang tinggi.

Kameranya juga mempunyai jarak fokal pendek bagi membolehkan lebih banyak subjek dimasukkan. Ada juga gambar yang menunjukkan ia boleh mengezum.

Menurut GSMArena, sebanyak 5 varian ZenFone 4 akan dilancarkan. Salah satunya sudahpun diumumkan di Russia iaitu ZenFone 4 Max (ZC554KL).

ZenFone 4 Max adalah telefon dalam kelas pertengahan. Ia menggunakan cip Snapdragon 425 yang bergandingan bersmaa RAM 2GB. Bateri 5,000mAh menguasakan segala perkakasan elektronik dan kameranya menggunakan dua sensor 13MP.

[Sumber: Asus Malaysia]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: