Astro Sedia Liputan Langsung Menyeluruh KL2017 Percuma Kepada Semua

Astro bakal mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila bakal menjadi penyedia liputan media terbesar dalam sejarah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017). Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah temasya sukan paling berprestij di rantau Asia Tenggara ini dari 14 Ogos hinggalah 30 Ogos 2017.

Stadium Nasional Bukit Jalil Giat Ditambah Baik Menjelang KL2017

Selaku penyiar rasmi KL2017, sebanyak empat saluran khas berdefinisi tinggi disediakan iaitu saluran 802, 803, 804, dan 805 untuk pengguna menikmati liputan komprehensif di platform Astro TV dan NJOI TV.

Untuk platform digital pula, empat lagi saluran khas disediakan di Astro GO dan NJOI now untuk menjadikan sejumlah 8 saluran yang didedikasian untuk menyiarakan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Menteri Belia dan Sukan, Y.B. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin menghargai usaha Astro untuk menyediakan liputan sukan SEA kali ini untuk penduduk Malaysia.

Selain 8 saluran khas, Astro Arena pula akan mempelbagaikan kandungan digital mereka di YouTube apabila mengumumkan kerjasama antara saluran sukan itu dengan YouTuber, TIFO ARENA, bagi membawa liputan sukan SEA daripada perspektif yang unik.

%d bloggers like this: