Aplikasi khas dibangunkan jika harga petrol jadi liberal

Satu aplikasi akan dibangunkan bila tiba masanya untuk memberitahu pengguna harga petrol di pam minyak yang berbeza. Inilah yang disebut oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri kementerian itu semalam.

Aplikasi yang akan dibangunkan itu bakal membantu syarikat minyak, stesen petrol dan pengguna untuk berinteraksi sesama mereka bagi mencari harga petrol yang berpatutan di negara ini, tambah beliau.

Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Ia berikutan kenyataan beliau yang menyatakan harga petrol mungkin akan menjadi lebih liberal lagi pada masa akan datang, di mana ia mungkin tidak akan ditetapkan lagi oleh kerajaan. Buat masa ini, harga petrol di Malaysia ditetapkan secara mingguan. Perubahan harga diumumkan pada hari Rabu dan berkuatkuasa pada setiap hari Khamis.

Harga petrol sangat penting buat rakyat Malaysia, kerana ia boleh mengakibatkan turun naik harga pelbagai perkara. Perubahan harga mingguan yang dibuat kini sangat dialu-alukan kerana ia lebih hampir kepada perubahan harga minyak sedunia. Tetapi ia dikatakan memberi kerugian kepada pemilik stesen petrol disebabkan perubahan harga yang terlalu cepat ini.

Semasa kerajaan mengumumkan akan menetapkan harga petrol secara mingguan bermula April lepas, orang ramai keliru adakah ia harga yang tetap atau stesen petrol boleh menentukan harga petrol sendiri. Kekeliruan ini bertambah apabila tular tentang aplikasi yang membantu mencari stesen petrol dengan harga petrol paling murah.

Yang mana lebih baik anda rasakan, harga petrol yang tetap atau pasaran terbuka di mana stesen petrol boleh menentukan sendiri harga petrol?

[SUMBER: MalayMailOnline]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: