4 Telefon Moto Meriahkan Segmen Telefon Bajet

Selain Moto Z2 Play, Lenovo juga memperkenalkan empat buah telefon untuk segmen permulaan pada harga serendah RM399. Moto C, Moto C Plus, Moto E⁴, dan Moto E⁴ Plus hadir dengan pelbagai spesifikasi dan boleh mula dibeli di pengedar sah produk Moto di seluruh negara.

Moto E dengan pengimbas cap jari di depan

Secara ringkasnya semua keempat-empat telefon yang dilancarkan menggunakan cip Mediatek MT6737. Moto C memiliki RAM yang paling rendah iaitu 1GB manakala E⁴ Plus memiliki RAM terbanyak iaitu 3GB. Moto C dan Moto E⁴masing-masing memiliki storan seluas 16GB dan 32GB serta boleh diperluas melalui slot khas.

Daripada sudut optikal, selain Moto E⁴ Plus yang menggunakan kamera dengan sensor 13MP, baki tiga telefon yang lain menggunakan kamera belakang bersensor 8MP.

Moto C Dengan Spesifikasi Asas

Walaupun Moto E⁴ Plus dimaklum memiliki teknologi Rapid Charging, pada tahap 10W ia dilihat memang perlahan berbanding pesaing yang lain untuk mengecas bateri gergasi 5,000 mAh-nya. Bateri pada Moto C Plus pula tidak kurang hebatnya dengan 4,000 mAh. Malangnya, telefon yang lain tidak disertakan fungsi yang serupa.

Laman produk:

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: