α7S II Dihantar 400km Ke Atas Langit Untuk Rakam Video 4K Bumi

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kini ada satu sistem pengimejan baru yang boleh menghantar video 4K ke bumi untuk ditatapi warganya. Sebuah kamera Sony α7S II telah dihantar naik ke sana Disember tahun 2016 untuk membantu saintis mengambil gambar di angkasa.

Lensa yang menjadi pilihan adalah FE PZ 28-135mm F4 G OSS.

Antara kegunaan kamera ini kelak adalah seperti mengkaji kesan bencana alam untuk menganalisis skala kerosakkan yang berlaku ataupun memerhatikan perubahan cuaca bumi daripada atas.

Berada dalam persekitaran ekstrim, satu bekas khas dibangunkan buat kamera tersebut. Ia mengandungi sebuah sistem radiator untuk mengekalkan suhu kamera kerana perbezaan suhu siang dan malam di atas sana boleh menjangkau julat 200°C.

Tambahan pula, keadaan vakum menyebabkan tiada haba mengalir melalui perolakan udara sebaliknya hanya pengaliran melalui besi boleh berlaku.

α7S II dipilih untuk ditambat pada ISS kerana ia boleh dikawal dari jauh melalui USB. Tambahan pula, sensornya yang canggih sangat cemerlang dalam persekitaran yang malap.

Ia penting kerana ISS mengorbit bumi setiap 90 minit ataupun masing-masing 45 minit untuk siang dan malam. Sensor yang terbaik diperlukan agar tiada peristiwa yang terlepas.

[Sumber: Sony]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: