[WWDC 2017] iPad Pro Tablet Pertama Miliki Paparan Setaraf Gaming Monitor

Barisan baru iPad Pro yang dilancarkan Apple awal pagi tadi adalah yang terhebat dan lebih pintar berbanding sebelumnya lebih-lebih lagi dengan kehadiran iOS 11 kelak. Paling ketara adalah ia kini mampu memaparkan imej pada kadar (refresh rate) 120Hz melalui teknologi ProMotion.

Paparan 120Hz berikan pengalaman Apple Pencil yang lebih baik

Refresh rate setinggi itu membolehkan pengalaman menggunakan Apple Pencil yang lebih baik. Kepekaan input daripada stailus ke tablet dikurangkan kepada 20ms saja.

Semua itu dimungkinkan dengan penggunaan cip pemproses A10X yang baru. Ia memberikan 30% lebih prestasi berbanding cip A9X. Sungguhpun begitu, hayat bateri kekal lama melebihi 10 jam waktu penggunaan.

Apple Smart Keyboard berikan papan kekunci fizikal pada pengguna

Pada bahagian kamera, iPad Pro menerima kamera yang sama seperti yang digunakan iPhone 7. Ia bermakna anda bakal mengambil gambar menggunakan sensor 12MP dengan pentsabil imej optikal.

Untuk iOS 11, iPad akan menerima kemas kini paling banyak berbanding sebelum ini. Yang pertama adalah kehadiran Dock, sebuah bar yang menempatkan aplikas-aplikasi yang anda sering gunakan supaya senang diakses. Dock boleh diaktifkan di mana-mana paparan.

Multitasking juga ditambah baik pada iOS 11. Fungsi Drag and Drop turut memudahkan multitasking. Files adalah fungsi File Manager yang akhirnya tiba pada peranti mudah ailh Apple.

iPad Pro hadir dalam dua saiz iaitu 10.5″ dan 12.9″ dan masing-masing dijual pada harga bermula RM2,999 dan RM3,499.¬†Tempahan dibuka bermula hari ini dan sila berkunjung ke laman rasmi produk untuk menempah sebuah.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: