Wiko Kenny Telefon Android Nougat Termurah di Malaysia

Pengeluar telefon nombor 5 terbesar di Eropah, Wiko, hari ini melancarkan tiga buah telefon yang semuanya berharga bawah RM1,000. Ia mensasarkan pada pengguna berbajet rendah tetapi masih menyediakan sebuah telefon yang mampu menggalas tugas sehari-hari.

Wiko Harry adalah telefon yang paling premium dalam siri Wiko Y. Bateri berkapasiti 2,500mAh digunakan untuk menguasakan papan induk yang mengandungi cip pemproses empat teras dan RAM sebesar 3GB.

Bahagian depan Wiko Harry

Bahagian belakang Wiko Harry

Paparan IPS LCD sebesar 5 inci digunakan pada telefon ini dan ia mempunyai resolusi HD 720p. Pada bahagian kamera, ia menggunakan sensor 13MP untuk kamera belakang manakala kamera depan menggunakan kamera 5MP. Komponen-komponen penting terlindung rapi disebalik badan alumunium.

Wiko Kenny adalah telefon yang paling asas dalam ketiga-tiga telefon ini. Ia menggunakan CPU empat teras untuk menggerakkan komponen telefon ini dengan bantuan 2GB RAM beserta 16GB storan yang boleh diperluas.

Bahagian depan Wiko Kenny

Pada jabatan pengimejan, ia menerima kamera belakang 8MP dan kamera depan 5MP. Untuk menguasakan telefon ini pula, bateri sebesar 2,500mAh digunakan.

Wiko Upulse adalah yang paling berkuasa antara trio tersebut. Ia adalahs ebuah telefon 5.5 inci dengan paparan HD. Kaca paparan menerima kemasan 2.5D untuk berikan ciri ergonimik yang tinggi.

Bahagian depan Wiko Upulse

Bahagian belakang Wiko Upulse

Pada papan induk, telefon ini menggunakan CPU empat teras yang bergandingan dengan RAM 3GB dan storan 32GB. Bahagian storan boleh diperluas melalui slot mikro-SD khas dan tidak menganggu dua slot mikro-SIM telefon ini.

Untuk kamera, sensor 13MP dipertanggungjawabkan untuk memerangkap cahaya. Salah satu ciri menarik telefon ini adalah Super Pixel. Pengguna boleh menghasilkan gambar beresolusi 52MP, satu ciri yang jarang ada walaupun pada telefon flagship.

Kamera depan pula boleh mengambil gambar 8MP sambil dibantu lampu LED. Melindungi semua komponen penting telefon ini adalah badan bermateri besi.

Semua trio telefon ini dijalankan sistem operasi Android 7.0 Nougat. Harga mereka adalah seperti berikut:

1. Wiko Kenny RM499 (dijual selepas Hari Raya)
2. Wiko Harry RM599 (sudah mula dijual)
3. Wiko Upulse RM799 (dijual selepas Hari Raya)

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membeli secara dalam talian melalui laman Facebook rasmi mereka.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: