Whatsapp untuk Blackberry OS dilanjutkan lagi sekali

Pada mulanya ditetapkan pada 31 Disember 2016, kemudian dilanjutkan ke 30 Jun 2017. Kini berita gembira buat pengguna BlackBerry OS10, penggunaan WhatsApp dilanjutkan sekali lagi ke 31 Disember 2017 pula.

Bermakna, pengguna telefon BlackBerry Classic, Passport, Leap, siri Q & Z, boleh terus menggunakan WhatsApp di peranti mereka. Malah, beberapa peranti OS7 juga dikatakan masih boleh menggunakan WhatsApp for BlackBerry ini. Pastikan muat turun WhatsApp terbaru di BlackBerry World untuk jangka hayat tambahan ini.

Dari kiri: Bold 9900 (OS7), Classic (OS10), KEYone (Android)

Sebenarnya, ini bukanlah masalah besar untuk pengguna BlackBerry OS10. Ini kerana ia menyokong pemasangan aplikasi Android, samada melalui Amazon Appstore atau dipasang terus dari fail APK. Tetapi, WhatsApp for Android ini tidak serasi dengan BlackBerry Hub. Jadi, notifikasi tidak akan diterima, melainkan membuka terus WhatsApp tersebut.

BlackBerry telah sekian lama meninggalkan sistem operasi mereka, dan beralih ke Android untuk peranti baru. Sehingga kini, terdapat empat peranti BlackBerry berasaskan Android iaitu PRIV, DTEK50, DTEK60 dan yang terbaru KEYone.

Adakah anda masih menggunakan BlackBerry OS10? Apakah perkara yang membuatkan anda tidak mahu berubah ke Android?

[SUMBER: CrackBerry]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: