Vivo penaja rasmi dua Piala Dunia – 2018 & 2022

Dalam usaha meluaskan lagi jenamanya ke peringkat antarabangsa, Vivo kini mengumumkan akan menjadi penaja rasmi untuk Piala Dunia. Bukan satu, tetapi dua piala dunia iaitu tahun 2018 dan 2022. Ini berikutan perjanjian rasmi yang diadakan bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selama 6 tahun bermula tahun ini.

Vivo akan menjadi telefon pintar rasmi kepada FIFA untuk pertandingan Piala Konfederasi FIFA 2017, Piala Dunia 2018 Rusia, Piala Konfederasi FIFA 2021 dan Piala Dunia 2022 Qatar. Dengan ini, semua petugas FIFA akan menggunakan telefon pintar Vivo sepanjang perlawanan, bermula dari Piala Konfederasi FIFA 2017 yang berlangsung pada 17 Jun 2017.

Vivo juga tidak melepaskan peluang akan melancarkan telefon pintar edisi khas Piala Dunia. Di samping itu, logo Vivo akan kelihatan di sepanjang siaran perlawanan, papan tanda, tiket perlawanan, latar belakang dan pelbagai lagi promosi, yang pastinya akan meningkatkan lagi nama Vivo di pentas dunia.

Vivo adalah satu jenama telefon pintar yang berkembang pesat. Ia kini tergolong dalam 5 jenama telefon pintar teratas, menurut laporan IDC Q1 2017. Vivo juga giat menaja pelbagai acara sukan seperti melantik bintang bola keranjang NBA China sebagai duta, serta menjadi penaja utama Liga Perdana Kriket India.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: