Sesuatu yang besar akan dibawa honor Malaysia

honor Malaysia hari ini mengesahkan kedatangan satu telefon pintar baru mereka, honor 8 Pro. Ia dikhabarkan akan tiba pada bulan Julai akan datang, bermakna selepas Hari Raya.

Apa yang menarik tentang honor 8 Pro?

Paling utama, ia adalah telefon pintar honor yang paling berkuasa masa kini, lebih hebat dari honor 8 sendiri. Ini dapat dilihat dari kuasa pemproses Kirin 960 di dalamnya, serta RAM lebih besar 6GB dan storan dalaman 64GB.

Skrinnya juga jauh lebih besar, berukuran 5.7-inci dengan resolusi super tajam QuadHD (2560×144). Badannya diselaputi besi sepenuhnya, dengan pengimbas capjari terletak di bahagian belakang.

Sama seperti honor 8, honor 8 Pro juga memiliki kamera berkembar di belakang. Kamera 12MP ini menggabungkan lensa RGB dan monokrom untuk penghasilan gambar yang hebat, tetapi tiada cap Leica padanya seperti di Huawei P10. Kamera hadapan pula 8MP.

Dengan badan yang besar, honor 8 Pro dapat memuatkan bateri 4,000mAh di dalamnya. Ia disokong pengecasan pantas 9V/2A, menggunakan sambungan USB-C.

honor 8 Pro telahpun dijual di United Kingdom dengan harga GBP474 (RM2,578), dalam tiga pilihan warna iaitu Biru, Hitam dan Emas. Bagaimanapun, dijangka harganya di Malaysia lebih rendah dari UK, tetapi masih di atas harga honor 8 iaitu RM1,899.

Susah rasanya nak letak harga bawah RM2,000 untuk honor 8 Pro ni. Berminat? Kenalinya dengan lebih mendalam di laman produk honor 8 Pro UK.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: