Professional Alaf Baru Dambakan Waktu Kerja Yang Fleksibel

Di zaman milenium ini, pekerjaan hakiki “9-hingga-6” semakin susut tahap relevennya. Hal ini kerana, menurut satu kajian, Asia Workplace 2020 Study, yang dijalankan Microsoft, 70% responden dalam tinjauan itu menghabiskan sekurang-kurangnya 20 peratus masa kerja mereka di luar pejabat, malah di luar waktu kerja asal.

Cabaran bekerja hari ini

Daripada jumlah itu, hanya 41% merasakan organisasi tempat mereka berkhidmat sekarang mempunyai budaya yang sesuai dengan gaya kerja alaf baru manakala hanya 31% merasakan pengurusan teratas organisasi komited untuk meningkatkan tahap literasi kemahiran digital dalam keseluruhan tenaga kerja syarikat.

Oleh sebab itu, tenaga kerja alaf baru ataupun disebut dalam kajian sebagai “professional bergerak” ini amat mengharapkan cara kerja yang fleksibel daripada organisasi iaitu yang menggunakan sepenuhnya teknologi digital bagi memaksimumkan produktiviti. 71% responden menyatakan sempadan kerja dan hidup peribadi sudahpun pudar dan keupayaan untuk bekerja secara maya adalah sesuatu yang amat diperlukan.

Microsoft Teams boleh jadi ruang kerja maya syarikat anda

Responden dilihat turut memerlukan peranti yang sesuai untuk menjadi lebih produktif. Selain keperluan asas seperti komputer, 33% inginkan keupayaan mengakses malumat melalui peranti mudah alih, 31% hendakkan perkhidmatan awan untuk menyimpan data, dan 24% mahu kebolehan kerjasama maya secara masa nyata.

Microsoft Team adalah salah satu perkhidmatan yang diterima melalui langganan Office365 tertentu. Ia dibangunkan untuk menjawab segala persoalan yang ada dalam kajian di atas.

Microsoft team bertindak sebagai ruang kerja maya yang didedikasikan untuk kerjasama secara maya. Ia adalah hub setempat untuk segala aplikasi Microsoft seperti Outlook, SharePoint, OneNote, dan Planner Work.

Pekerja boleh berbual, berkongsi fail, panggilan suara & video, dan sebagainya dalam satu aplikasi. Lebih menarik, ia ada di pelbagai platform termasuklah Android dan iOS.

Maklumat sensitif memang selamat untuk dikendalikan menggunakan Microsoft Team. Hal ini kerana ia menggunakan pelbagai teknologi penyulitan sama ada semasa menghantar, menyimpan dan menerima.

Jika anda berminat untuk menggunakan Microsoft Teams, sila layari laman rasmi produk.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: