Moto Z2 Play Korbankan Bateri Untuk Lebih Nipis

Moto Z Play dilancarkan bersama-sama keluarga Moto Z pada Oktober 2016. Terkini, Lenovo melancarkan pula Moto Z2 Play yang lebih berkuasa dan 14% lebih nipis berbanding sebelumnya.

Untuk mencapai dimensi sedemikian, Lenovo terpaksa mengorbankan kandungan bateri pada Moto Z2 Play. Pengguna menerima bateri 3,000 mAh berbanding 3,510 mAh pada generasi sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia tetap didakwa memberi waktu penggunaan sehingga sehari lamanya lebih-lebih lagi dengan kehadiran pengecasan pantas.

Moto Z2 Play menggunakan cip Snapdragon 626 untuk menggerakkan segala komponennya. Berbanding cip Snapdragon 625 yang boleh anda temui pada Moto Z Play, ia hanyalah peningkatan pada clockspeed, lebih khusus peningkatan kepada 2.2 Ghz daripada 2.0 Ghz.

Maka, daripada sudut prestasi kasar, anda tak boleh mengharapkan perubahan ketara.

Tapi, perubahan nyata boleh dilihat pada komponen optikalnya. Ia kini menggunakan sensor yang lebih kecil, 12MP berbanding 16MP, namun ia kini memiliki sistem autofokus dual piksel, sama seperti Moto G5 Plus.

Sistem pemfokusan laser juga ditambah baik yang boleh membidik fokus sejauh 5 meter. Kamera depan masih kekal pada 5MP.

Dua varian Moto Z2 Play disediakan sama ada RAM 3GB dengan storan 32GB ataupun RAM 4GB dengan storan 64GB.

Empat Moto Mods baru turut dilancarkan bersama-sama Moto Z2 Play. Moto GamePad mengubah telefon menjadi konsol mudah alih dan ia memiliki bateri terbina berkapasiti 1,035 mAh.

JBL SoundBoost 2 &  Moto TurboPower Pack

SoundBoost 2 pula kini menerima ciri kalis percikan air dan mampu berkhidmat selama 10 jam dengan satu bateri penuh. Moto TurboPower Pack memberikan tenaga tambahan dan turut miliki fungsi pengecasan pantas.

Moto Style Shell pula membuatkan Moto Z boleh dicas secara wayarles pada kuasa sehingga 10 watt.

Moto GamePad

Moto Stye Shell with Wireless Charging

Moto Z2 Play sudah mula dijual di Brazil dan akan memasuki pasaran lain secara perlahan-lahan bermula bulan ini. Di Amerika Syarikat, ia berharga USD 499 (RM 2,135).

Moto Mods yang baru turut akan dijual bermula Jun ini pada harga:

  • Moto TurboPower Pack – USD 79.99 (RM 342)
  • Moto Stye Shell with Wireless Charging – USD 39.99 (RM 171)
  • JBL SoundBoost 2 – USD 79.99 (RM 342)
  • Moto GamePad – USD 79.99 (RM 342)

[Sumber: Motorola]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: