Mampukah DxOMark Jadikan OnePlus 5 Lebih Hebat Daripada iPhone 7?

OnePlus 5 akan diumumkan di New York tengah malam ini waktu Malaysia. Sehari sebelum acara tersebut, satu video diterbitkan The Verge berkisarkan perihal pembuatan OnePlus 5 secara ringkas. Iterasi kelima telefon daripada syarikat kecil Shenzhen ini akan memberi fokus pada memantapkan bahagian kamera telefon selain melengkapkannya dengan semua komponen yang patut ada pada sebuah flagship.

Salah satu perubahan terbesar yang akan diumumkan pada OnePlus 5 adalah penggunaan konfigurasi kamera berkembar untuk pertama kalinya. Ia memberikan cabaran kepada jurutera OnePlus.

Empat generasi OnePlus miliki kamera terletak di bahagian tengah, tetapi kamera OnePlus 5 terletak di sudut kiri. Dua sensor digunakan pada kamera belakang iaitu sensor RGB dan monokrom.

Antara prototaip OnePlus 5 [sumber]

Hasilnya, kamera OnePlus 5 akan membawa ciri-ciri menarik seperti zum digital lossless dan portrait ber-bokeh. Mereka juga berkerjasama dengan DxoMark untuk mengoptimumkan prestasi kamera pada telefon terbaru mereka ini.

Walau bagaimanapun, masih belum ada telefon berkamera kembar yang mengungguli takhta DxoMark kerana setakat ini semuanya didominasi telefon berkamera tunggal.

Pihak OnePlus mengakui sendiri konfigurasi kamera berkembar ini adalah sesuatu yang bijak cuma mereka tiada sumber yang luas untuk mendidik pengguna akan manfaat konfigurasi. Mereka berterima kasih kepada Apple untuk tujuan tersebut dengan adanya iPhone 7.

OnePlus 5 tidak akan korbankan prestasi bateri untuk telefon yang nipis

OnePlus adalah sebuah syarikat yang kerdil. Ia miliki hanya beberapa ratus kakitangan berbanding pesaing yang mempunyai ribuan tenaga kerja. Mereka berusaha untuk menghasilkan hanya sebuah telefon yang sempurna setiap tahun dalam kelas flagship.

Tumpuan mereka adalah untuk menghasilkan sebuah produk yang digunakan oleh golongan yang niche iaitu golongan yang mahukan telefon berspesifikasitinggi tapi tak mahu sebuah telefon yang sama seperti orang lain.

Apple secara tak langsung membantu OnePlus untuk didik pengguna tentang manfaat kamera berkembar

Pengguna daripada golongan ini tak memilih produk OnePlus secara suka-suka. Merekalah yang mengenali OnePlus daripada awal kelahirannya hingga kini. Memang susah untuk mengetahui perihal OnePlus daripada media mainstream dek kurangnya aktiviti pemasaran daripada pihak OnePlus sendiri.

Adakah anda bersedia untuk OnePlus 5?

[Sumber: TheVerge]