Grab tambah perkhidmatan di Kangar, Kemaman, Muar dan Bintulu

Memang layak Grab menggelar dirinya rangkaian khidmat tempahan pengangkutan terbesar di Malaysia. Apa taknya, minggu ini Grab mengumumkan kesediaan servisnya di empat lagi bandar baru iaitu Kangar, Kemaman, Muar & Bintulu. Ini menjadikan perkhidmatan Grab terdapat di 25 bandar di Malaysia.

Kangar merupakan bandar pertama di Perlis menerima servis Grab, manakala bandar Kemaman menyertai Kuala Terengganu di Terengganu. Muar dan Bintulu, masing-masing adalah bandar keempat di dalam negeri mereka terdapatnya servis Grab.

Dengan pengumuman baru ini, Grab kini terdapat di seluruh negeri di dalam Malaysia, termasuk Pulau Langkawi dan Labuan.

Grab juga sedang memberikan diskaun sebanyak RM6 untuk 10 kali perjalanan, dari 20 hingga 22 Jun 2017, jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja. Untuk menggunakan diskaun ini, masukkan kod SUREGRAB ke ruang promo. Diskaun ini terhad sebanyak 60,000 tebusan sahaja sehari. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman promosi SUREGRAB.

Sempena cuti Hari Raya nanti, mahukah anda menggunakan perkhidmatan Grab sebagai pengangkutan menziarahi saudara mara dan sahabat handai?

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia