Google tingkatkan imej iklan dalam carian

Iklan di enjin carian Google kini lebih menarik. Berbanding hanya teks dan pautan, ia kini akan disertakan bersama imej. Terutama produk jualan yang terdapat di laman e-dagang.

Dengan Google Shopping Ads yang baru, ia sedikit-sebanyak membantu pengguna dalam aktiviti membeli-belah atas talian. Selain gambar, ia juga disertakan maklumat berguna seperti harga, pastinya menjimatkan banyak masa pengguna ketika membuat carian.

Untuk peniaga pula, Google Shopping Ads yang baru ini pasti menarik lebih banyak minat orang ramai untuk menekan iklan, dan seterusnya membuat pembelian. Di samping imej produk yang dipaparkan, ia juga akan mempamerkan nama perniagaan. Ini akan membuatkan lebih ramai pengguna mengenali peniaga.

Seperti iklan carian, pengiklan hanya membayar apabila pengguna klik pada iklan untuk ke laman web. Jika berminat untuk mengiklan, boleh ikuti langkah-langkah di sini.