Gogoprint permudah mencetak fizikal secara digital

Walaupun dunia semakin berubah ke arah digital, percetakan fizikal masih lagi menjadi satu keperluan penting. Mempergunakan platform digital untuk meluaskan capaian percetakan fizikal, telah melahirkan Gogoprint.

Pengasas Gogoprint, David dan Alexander berhadapan dengan pelbagai masalah ketika mencari cara untuk mencetak material promosi bagi perniagaan mereka. Harga yang terlalu mahal untuk kuantiti kecil, memakan masa terlalu lama, serta kualiti rendah untuk harga rendah adalah beberapa perkara yang merunsingkan.

Dari situ, mereka menubuhkan Gogoprint dengan misi mengatasi permasalahan ini agar semua orang boleh mendapatkan khidmat mencetak dengan mudah, senang dan pantas, serta berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Tidak kira syarikat besar atau individu, harga dan penghantaran kekal sama dan jelas tertera di laman web Gogoprint.

Harga produk cetakan di Gogoprint

Bermula di Thailand pada November 2015, Gogoprint kini telah berkembang ke Singapura dan Malaysia. Ia kini menerima dana permulaan dan nasihat dari syarikat terkemuka antarabangsa, Online Printing Group (OPG) yang berjaya memacu pasaran percetakan dalam talian di Brazil.

Dalam satu temubual bersama TheSkop, pengasas bersama merangkap Pengarah Urusan Gogoprint Malaysia, Laurent de Candido berkongsi pencapaian dan perkembangan Gogoprint.

Pengarah Urusan Gogoprint Malaysia, Laurent de Candido

Menurut Laurent, pengguna di Malaysia gemar menggunakan servis Gogoprint. Ia dapat dilihat menerusi tempahan dan pendapatan mereka meningkat sangat pantas, sekitar 20% setiap bulan. Sehingga 31 Mei 2017, Gogoprint Malaysia memiliki 80,000 pengguna. Jumlah yang agak besar memandangkan mereka bermula di Malaysia pada Oktober 2016.

Berbanding persaingan, cabaran besar untuk Gogoprint Malaysia adalah bagaimana untuk meningkatkan trafik ke lamanweb, serta cara untuk meningkatkan pengalaman penggunaan laman web agar pengguna membuat pembelian. Salah satu caranya, membuat laman web dalam Bahasa Melayu.

Untuk mencapai harga yang rendah, model perniagaan Gogoprint mensasarkan pada kuantiti. Laman web akan mengumpulkan tempahan yang besar setiap hari, yang akan ditempatkan pada helaian cetakan dalam cara paling efisyen untuk mengurangkan pembaziran, serta menjimatkan kos dan masa.

Apa yang penting, lebih banyak tempahan makin kurang kos. Kerana itu penting untuk menarik lebih ramai pelanggan ke laman web dan memudahkan mereka membuat tempahan. Fokus pada keperluan pelanggan, meletakkan Gogoprint berbeza dari pesaing pencetak yang lain.

Untuk jangka pendek, Gogoprint mahu memastikan operasi yang lancar dan mencari peluang untuk menawarkan produk yang lebih menarik dan relevan. Jangka panjang, sudah pasti mahu menjadi peneraju dalam percetakan dalam talian di Asia Tenggara.

Cakap memang senang. Apa kata anda cuba sendiri membuat tempahan kad nama perniagaan, kad jemputan kahwin atau pun brosur produk menerusi laman web Gogoprint. Bandingkan proses tempahan dan harganya dengan kedai di luar sana. Adakah ia lebih memudahkan anda?

Layari lamanweb www.gogoprint.com.my untuk mencuba sendiri tempahan cetakan dalam talian.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: