EXA Outpost permainan realiti maya berkumpulan untuk hiburan sekeluarga

Mahu berhibur sekeluarga atau bersama rakan dengan permainan teknologi terbaru? Apa kata ke EXA Outpost di Setiawalk Puchong. Ia merupakan sebuah pusat hiburan sekeluarga, berkonsepkan hyper realiti menggunakan teknologi realiti maya (VR).

Pusat hiburan EXA Outpost ini baru sahaja dilancarkan awal bulan ini. Dengan konsep VR bergerak di dalam sebuah bilik yang luas, ia membawakan sejenis permainan serba baru. Ia juga adalah Pusat Hiburan Keluarga Hyper Realiti yang pertama seumpamanya di ASia Tenggara.

Majlis pelancaran EXA Outpost Setiawalk

Pengunjung boleh mencuba permainan VR bertajuk Episode 1 : Dimension 12 di sini. Sehingga 4 orang boleh bermain serentak, dengan jangka masa selama 20 minit. Dalam permainan ini, setiap orang akan diberikan set kepala VR berama beg bateri, dan senapang sebagai alat kawalan.

Pemain akan dibawa ke luar angkasa menerusi VR, dengan persekitaran yang sangat menawan. Di sana, pemain perlu menyelesaikan misi yang diberikan secara berkumpulan, sambil bertembung dengan makhluk asing yang buas dan ganas.

Apa rasanya? Kena cuba sendiri.

Seoran pemain akan dikenakan caj sebanyak RM89 untuk setiap permainan. Tetapi sebagai promosi pembukaan, pemain hanya dikenakan caj RM65 sahaja di samping percuma untuk seorang lagi rakan. Bermakna, dua orang bermain hanya perlu membayar RM65.

Jika berminat, segera melawat EXA Outpost di alamat B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor. Tempahan boleh dibuat dalam talian, menerusi laman web EXA Global.

Untuk maklumat lanjut layari laman web www.exa-global.com serta Facebook EXA Global.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: