Anda Dah Bersedia Untuk OnePlus 5?

OnePlus kini bersiap sedia untuk melancarkan pembunuh flagship generasi kelima pada 20 Jun 2017 ini. Ia melalui akaun twitter mereka yang menyebut khusus tentang OnePlus 5.

OnePlus 5 dijangkakan hadir menggunakan cip Snapdragon 835 dengan konfigurasi kamera berkembar, seiring dengan kebanyakkan flagship yang lain. Mereka juga bekerjasama dengan DxOMark untuk mengoptimumkan prestasi kamera pada peranti yang bakal dilancarkan kelak.

Satu lagi tweet yang perlu diberi perhatian adalah yang diutuskan pada 1 Jun yang lalu. Melalui kapsyen “Look into the shadows. What do you 5ee?”, OnePlus seperti memberi hint bahawa OnePlus 5 memiliki fizikal yang lebih kecil berbanding OnePlus 3

OnePlus3

Telefon keluaran OnePlus memang terkenal dalam kalangan power user kerana harganya yang sangat berbaloi dengan spesifikasinya. Tatkala flagship 2016 yang menggunakan Snapdragon 820 teleh menjengah julat harga RM2,000 hingga RM3,000, OnePlus 3 masih utuh di RM1,888.

Tapi, flagship 2017 telahpun melewati RM3,000. Adakah OnePlus akan meninggalkan Xiaomi Mi6 keseorangan dan terus naik ke gelanggang RM2,000 ke atas?

%d bloggers like this: