USB-C Masih Belum Tambat Hati Surface Pro 2017

Microsoft melancarkan Surface Pro baru di Shanghai. Ia menggugurkan penggunaan angka untuk merujuk pada generasi, sebaliknya hanya Surface Pro Baru. Terdapat beberapa penambahbaikkan daripada segi fizikalnya seperti sisi yang lebih tumpul dan ia kini lebih ringan.

Salah satu penambahbaikkan yang perlu diberi perhatian adalah hayat baterinya. Berbanding 9 jam waktu penggunaan pada Surface Pro 4, Surface Pro (2017) ini boleh berkhidmat selama 13 jam hasil optimasi beberapa bahagian. Yang pertama adalah kehadiran bateri yang lebih besar dan penggunaan cip Kaby Lake serta sistem operais yang lebih cekap. Penggunaan cip Intel Core generasi ketujuh juga memberikan peningkatan prestasi sehingga 20%.

Pada sebelah kiri, pengguna akan menemui Surface Connector, USB 3.0 dan Mini DisplayPort. Entahlah mengapa masih Microsoft masih berpegang teguh pada Mini DisplayPort sedangkan USB-C yang semua bersetuju sebagai port masa depan dilihat lebih versatil dan layak duduk di situ.

Surface Pen juga ditambah baik. Ia mampu mengesan 4096 tahap tekanan untuk berikan pengalaman menulis yang lebih mantap. Selain itu, teknologi mengecam input stailus pada Surface Pro (2017) adalah yang terpantas di dunia dengan lantency hanya 21 ms daripada 45 ms sebelum ini.

Surface Pro (2017) dijual pada harga bermula USD 799 (RM 3,430). Tapi stailus tidak lagi disertakan seperti sebelumnya dan dijual berasingan pada harga USD 99. Lebih parah, papan kekunci juga dijual berasingan dan berharga USD 160

Surface Pro (2017) akan mula dijual 15 Jun ini bersama-sama Surface Laptop yang baru dilancarnya beberapa minggu lalu.

[Sumber: Microsoft]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: