Tukar telefon lama kepada rebat RM100 telefon baru Vivo

Bagi peminat telefon pintar berwarna hitam, anda boleh mendapatkan Vivo V5Plus berharga RM1,699. Ia kini hadir dalam warna hitam matte, mengikuti jejak V5s yang baru dilancarkan awal bulan ini.

Bersempena Hari Raya yang akan tiba, Vivo Malaysia juga akan mengadakan kempen tukar beli bagi telefon pintar terpilih. Hanya bawa mana-mana telefon (pintar atau tidak) ke Stor Konsep Vivo terdekat, pembeli berpeluang menerima rebat RM100 untuk telefon Vivo yang baru.

Kempen tukar beli ini melibatkan telefon pintar V5Plus (termasuk warna hitam matte yang baru), V5 dan juga Y66. Selepas rebat RM100, harga V5Plus hanyalah RM1599, V5 RM1099 dan Y66 pula RM899.

Tempoh promosi kempen tukar beli Vivo ini bermula dari 1 Jun hingga 30 Jun 2017. Ia adalah tempoh masa yang sesuai untuk menggayakan Hari Raya dengan telefon pintar yang baru. Memang sakanlah nak berselfie raya nanti.

Telefon pintar Vivo kini tampil dengan kamera hadapan yang hebat, sesuai untuk peminat swafoto. Vivo V5Plus dilengkapi dwi kamera depan 20MP+8MP, manakala V5 pula memiliki kamera depan 20MP. Bagi Y66, ia menggunakan kamera depan 16MP.

Jangan terlepas peluang berswafoto dengan kamera pakar selfie Vivo sambil menikmati rebat RM100 dalam kempen tukar beli. Rujuk perkakas dan spesifikasi ketiga-tiga telefon pintar ini dalam jadual di bawah.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman produk Vivo V5Plus, Vivo V5 dan Vivo Y66.

%d bloggers like this: