Tugasan CAD/CAM di mana jua dengan kuasa mudah alih MSI

Stesen kerja mudah alih paling berkuasa kini terdapat di bawah jenama MSI. MSI Malaysia baru-baru ini melancarkan model terbaru laptop mereka yang dilengkapi pemproses Intel Core i7 generasi ke-7 dan kad grafik NVIDIA Quadro terkini.

Laptop terbaru MSI ini direka khusus untuk prestasi tertinggi kerja-kerja CAD/CAM. Ia juga boleh menggerakkan realiti maya (VR) dengan lancar. Tiga model diperkenalkan iaitu WT73VR, WS63 dan WE72.

Laptop MSI WT73VR adalah stesen kerja paling berkuasa dan menyokong aplikasi VR sepenuhnya. Ia dilengkapi kad grafik NVIDIA Quadro P5000 dengan 16GB RAM GDDR5, cukup bertenaga menggerakkan aplikasi Autodesk Stingray bersama set kepala VR, serta apa jua aplikasi CAD/CAM yang memerlukan kuasa ekstrem.

Laptop MSI WS63 pula direka sangat nipis dan ringan, menggunakan badan diperbuat dari aluminium. Ketebalannya hanya 17.7mm dengan berat 1.8kg sahaja. Walaupun nipis, ia memiliki prestasi tinggi seperti pemproses Intel Core i7 terkini, kad grafik NVIDIA Quadro P3000 dengan 6GB RAM GDDR5, RAM DDR4-2400 serta storan SSD M.2 NVMe. Satu ciri unik padanya adalah pengimbas capjari yang terletak di touchpad, memberi keselamatan satu tahap lebih tinggi.

Laptop WE72 diperkenalkan sebagai stesen kerja yang mampu dimiliki ramai. Kerja-kerja CAD/CAM boleh dilakukan dengan mudah kerana laptop ini dikuasakan pemproses Intel Core i7 terkini, kad grafik NVIDIA Quadro M22000 dengan 4GB RAM GDDR5, RAM DDR4-2400 serta storan SSD M.2 NVMe. Nisbah harga dan prestasi yang paling berbaloi, menjadikan ia pilihan terbaik untuk pendidikan dan penggunaan ramai.

Kesemua stesen kerja mudah alih MSI ini menjalankan sistem operasi Windows 10 Pro dan disertakan jaminan selama 3-tahun. Ia boleh didapati di semua pengedar sah MSI, atau dalam talian menerusi Stor MSI Malaysia dan 11street. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman produk WT73VR, WS63 dan WE72.