Tonton EPL Percuma di NJOI Now Bulan Ini

NJOI adalah sebuah perkhidmatan televisyen satelit percuma daripada Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) yang dilancarkan pada 2011. Hari ini, NJOI meluaskan perkhidmatan mereka kepada perkhidmatan penstriman dalam talian melalaui NJOI Now.

NJOI Now direka khas untuk membolehkan sesiapa sahaja yang memiliki capaian internet pada telefon pintar mereka mengakses kandungan percuma daripada Astro seperti Astro Prima, Astro Maya HD, Astro Oasis, Astro AEC, Astro Vaanavil, Astro Arena, Astro Awani, dan Astro Tutor TV.

Sebagai tanda menghargai sokongan pengguna terhadap Astro, NJOI Now akan menyiarkan acara sukan S.E.A 2017 di Astro Arena serta akses percuma kepada perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris daripada 11 hingga 31 Mei ini.

Pengguna turut mengakses kandungan berbayar seperti Astro WARNA, RIA, Wah Lai Toi, Hua Hee Dai, First, dan Best dengan menggunakan fungsi prabayar.

Nak mula menonton? Muat turun aplikasi NJOI Now di telefon dan pelayar komputer anda sekarang.