Terjahan tajam Lancehead senjata terbaru Razer

Share Button

Razer melangkah setapak ke depan dalam penghasilan aksesori komputer khusus untuk permainan video, dengan pelancaran tetikus Razer Lancehead. Ia merupakan tetikus yang boleh berfungsi tanpa wayar, sambil mengekalkan kehebatan jenama Razer padanya.

Bagi mengekalkan prestasi terhebat, Razer melengkapi tetikus Lancehead dengan Teknologi Frekuensi Adaptif (AFT), sejenis sensor lazer yang sangat tepat, dengan memori hibrid terbina di dalam serta di awan, bersama rekaan ambidextrous yang sesuai untuk tangan kiri dan kanan.

Teknologi AFT memastikan sambungan sentiasa lancar dan tanpa lengah. Di samping itu, sensor laser 5G memberikan pengesanan sehingga 16,000 DPI dan kelajuan 210 inci sesaat (IPS), serta pecutan 50 G. Ini memberinya kepantasan serta ketepatan yang jitu.

Butang Lancehead menggunakan suis Mekanikal Tetikus Razer, yang dibina dengan kerjasama Omron. Ia mempunyai daya tahan sehingga 50 juta klik, dengan kadar respon pantas dan tanpa lengah masa. Dua butang DPI turut disertakan, membenarkan pengguna menukar tetapan DPI terus semasa bermain.

Pengguna Razer Lancehead akan turut boleh menggunakan Razer Synapse Pro (Beta) tidak lama lagi. Ia adalah sistem yang membolehkan tetapan tetikus disimpan secara hibrid, di dalam tetikus sendiri serta di awan. Dengan ini, pengguna boleh menggunakan tetikus Lancehead bila-bila masa tanpa perlukan sambungan internet.

Selain Lancehead, Razer juga memperkenalkan versi berwayar, diberi nama Lancehead Torunament Edition. Ia memiliki sensor tercanggih seperti di dalam Lancehead, serta memori hibrid untuk tetapan tanpa internet.

Tetapi sambungan wayar pastinya lebih bertenaga. Sensor optikal bergred eSportnya mmeiliki pengesanan 16,000 DPI dan kelajuan 450 IPS.

Paling penting, kedua-dua tetikus Lancehead ini dilengkapi Razer Chroma, sistem lampu Razer yang boleh diubahsuai sehingga 16.8 juta warna. Ia boleh ditetapkan untuk memberi pelbagai efek lampu yang boleh dintegrasi mengikut tajuk permainan berbeza.

Tetikus Razer Lancehead akan mula dijual di seluruh dunia, sekitar bulan Mei atau Jun ini, pada harga RM699. Manakala tetikus Razer Lancehead Tournament Edition, telah dijual sekarang boleh didapati di Razerzone.com, dengan harga RM389.

 

Apa komen anda?