Servis tempahan lokasi VMO Rocks terima dana RM500,000

Share Button

Keberkesanan aplikasi tempahan lokasi VMO, menjadi pemangkin untuk syarikat VMO Rocks Sdn Bhd (VMO) menerima dana tambahan untuk operasi syarikat. Ia berikutan kejayaan VMO memperoleh dana berjumlah RM500,000 menerusi CrowdPlus.asia dan juga Cradle Fund Sdn Bhd.

CrowdPlus.asia merupakan platform pengumpulan dana orang ramai, yang berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM250,000 bagi kempen VMO hanya dalam 4 hari. Dana ini ditambah oleh Cradle Fund sebanyak RM250,000, menjadikan dana yang diterima berjumlah RM500,000.

VMO membuat kemunculan rasmi pada Mac 2016, membawakan kemudahan menempah lokasi untuk pelbagai acara dengan mudah, samada menerusi laman web www.vmo.rocks ataupun aplikasi mudah alih.

Ia menjadi sangat mudah kerana pengguna boleh mendapatkan sebut harga tempahan secara percuma. Sebut harga yang boleh didapati bukan sahaja untuk sewaan lokasi, malah penyediaan makanan dan minuma, penggunaan sistem bunyi serta mendapatkan pengacara majlis. Sambutan hari lahir dan kenduri kahwin, majlis pelancaran dan pengumuman rasmi, atau pembentangan laporan perniagaan, semuanya boleh diuruskan setempat menerusi VMO.

VMO menyenaraikan pelbagai restoran, kedai makan dan dewan yang terdapat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru. Kini terdapat 900 lokasi di dalam VMO, dan mereka mahu meluaskannya lagi ke 1500 lokasi di seluruh Malaysia tahun ini.

Cradle Fund memilih untuk memberi dana kepada VMO, setelah melihat keunikan yang ditawarkan VMO, di samping rangka perniagaan yang jelas boleh dikembangkan di Malaysia. Ini dapat dilihat apabila VMO menerima tempahan berjumlah RM223,000 pada tahun 2015, seterusnya meningkat kepada RM1.19 juta pada tahun 2016.

Pendanaan orang ramai membolehkan perniagaan menggunakan media sosial dan pelbagai platform digital untuk mendapatkan dana. Malaysia menjadi negara pertama di ASEAN memperkenalkan lesen pendanaan orang ramai, dengan CrowdPlus.asia sebagai salah satu pengurusan berdaftar.

Untuk mengenali VMO dengan lebih lanjut, layari laman web www.vmo.rocks.

Trackbacks

  1. […] Mei lepas, VMO telah berjaya menerima dana tambahan menerusi platform pengumpulan dana orang ramai CrowdPlus.asia. VMO kini telah memiliki lebih 1,000 […]

Apa komen anda?