Senang di hati, mudah dengan Harry

[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Wiko Harry]

Ketibaan Wiko ke Malaysia sememangnya menggugat pasaran telefon pintar di sini. Berasal dari Perancis, ia membawa rekaan unik yang berbeza dari kebanyakan telefon pintar dalam pasaran kini. Paling bagus, ia memberi nilai terbaik dalam setiap ringgit yang dibelanjakan.

Terkini, Wiko memperkenalkan Harry. Ia adalah sebahagian dari siri-Y yang direka khas untuk muda-mudi masa kini. Ciri-ciri yang diterapkan ke dalam Harry, dilihat melangkaui tawaran yang diberikan jenama lain.

Harry menyokong rangkaian pantas 4G LTE dalam kedua-dua slot kad sim. Ia juga menjalankan sistem operasi terkini, Android 7.0 Nougat. Gandingan dua perkara ini sukar dilihat dalam telefon pintar sekelasnya.

Prestasi adalah sesuatu yang boleh Harry banggakan. Ini kerana ia dilengkapi kuasa pemproses 4-teras 1.3GHz, bersama RAM seluas 3GB. Cukup pantas untuk menjalankan pelbagai aplikasi dalam masa yang sama.

Paparan di Harry sebesar 5.0-inci, memiliki resolusi tajam HD. Ia dibekalkan bersama rekaan besi diberus di belakang, menambah rasa klasik yang elegan.

Harry turut dilengkapi kamera yang menangkap gambar serba menawan, dilengkapi kamera belakang 13MP dan kamera swafoto 5MP. Pelbagai mod disertakan seperti HDR, Panorama, Malam dan Profesional untuk sentuhan gambar yang luar biasa.

Wiko Harry sememangnya sangat berbaloi dimiliki, apatah lagi harganya cuma RM599 sahaja. Gandingan perisian dan perkakasnya memberi lebih nilai dari tanda harganya. Wiko menyediakan dua warna untuk Harry, iaitu Anthracite dan Emas.

Berminat? Layari lamanweb Wiko Mobile Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang Wiko Harry, atau ziarahi Facebook Wiko Malaysia untuk berinteraksi dengan pakar telefon pintar dari Perancis ini.



TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: