Peluang Beraya di Turki dengan membeli Moto Lenovo

Puasa pun belum tapi kehangatan raya dah dirasai dengan pelbagai tawaran yang tiba. Salah satu darinya adalah kempen Kempen Raya Bonanza oleh Lenovo dan Moto. Kempen ini menyediakan hadiah percuma serta cabutan bertuah untuk pembelian telefon pintar Lenovo dan Moto terpilih. Ia berjalan dari 19 Mei sehingga 30 Jun 2017.

Cabutan bertuah untuk pembeli dalam kempen ini, menyediakan hadiah utama berupa percutian untuk 2 oang ke Turki. Selain itu, hadiah lain yang disediakan seperti percutian untuk 2 orang ke Korea Selatan, motorsikal Modenas dan kad Touch n Go RM50.

Telefon Lenovo yang terlibat adalah Lenovo P2 (RM1,299), Lenovo K6 Note (RM949), Lenovo K6 Power (RM779) dan Lenovo A6600 Plus (RM479). Hadiah percuma yang disediakan adalah casing, pelindung skrin ‘tempered glass’ dan speaker Bluetooth.

Manakala telefon Moto pula adalah Moto Z (RM2,699), Moto Z Play (RM1,899) dan Moto M (RM1,199). Terdapat juga tawaran harga istimewa Moto Mods dengan pembelian Moto Z atau Z play iaitu JBL SoundBoost (RM299 RM599), moto Projector (RM979 RM1,399), Hasselblad True Zoom (RM909 RM1,299) dan Incipio Power Pack (RM349 RM499).

Meriahkan hari puasa dan hari raya yang bakal tiba, dengan telefon pintar Lenovo atau Moto yang baru. Mana tau, dapat percutian percuma ke Turki atau Korea Selatan sekali nanti. Maklumat lanjut tentang kempen dan kedai yang mengambil bahagian, boleh dirujuk di laman Kempen Bonanza Raya Lenovo.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: