Neelofa jatuh hati dengan Edisi Hitam OPPO R9s

Setelah berteka teki hampir seminggu, kini semakin jelas. Neelofa adalah duta terbaru bagi telefon pintar OPPO R9s Edisi Hitam yang akan datang. Kehadiran Neelofa menambah senarai selebriti yang turut bersama OPPO seperti Ayda Jebat, Fattah Amin dan Min Chen.

Neelofa merupakan artis serba boleh. Beliau menjadi pengacara TV, berlakon serta menjadi model dalam banyak acara. Malah populariti beliau kian meningkat dengan butik fesyen yang diusahakannya, di bawah jenama Naelofar.

Warna hitam kelihatan versatil, berkuasa, penuh keyakinan dan bergaya, memang sesuai dengan imej yang dibawakan oleh Neelofa. Kerana itu OPPO Malaysia memilih beliau sebagai duta terbaru OPPO R9s Edisi Hitam.

Edisi Hitam merupakan warna terbaru untuk OPPO R9s, sebelum ini hadir dalam warna Emas, Emas Ros dan Edisi Merah Min Chen. OPPO R9s merupakan telefon pintar terbaik dari OPPO buat masa ini, dilengkapi pemproses Snapdragon 625 8-teras, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Skrin OPPO R9s menggunakan paparan AMOLED 5.5-inci dan resolusi HD Penuh 1920×1080. Ia memiliki bateri sebesar 3,010mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC. OPPO R9s menggunakan antaramuka ColorOS 3.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

OPPO R9s memberi fokus kepada kehebatan kamera belakangnya. Ia dilengkapi sensor 16MP f/1.7 bersama autofokus dwi-PDAF yang sangat pantas. Kamera depannya sangat sesuai untuk swafoto, juga dengan sensor 16MP.

OPPO akan membuka tempahan OPPO R9s Edisi Hitam bermula Rabu ini, 3 Mei 2017. Harganya masih belum diumumkan, tetapi OPPO R9s berwarna Emas dan Emas Ros kini dijual pada harga RM1,828. Harapnya

Tempahan OPPO R9s Edisi Hitam boleh dibuat di Stor Online OPPO, atau Stor Konsep OPPO dan rakan niaga OPPO di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut tentang telefon ini boleh didapati dengan melawat laman produk OPPO R9s Edisi Hitam.

Selain warna hitam, Neelofa nampaknya berminat dengan warna merah juga.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: