Moto G5 Plus Hadir Dengan Kamera Setaraf Flagship

Moto G adalah siri telefon pintar yang paling berjaya dalam sejarah Motorola. Untuk tahun 2017, Moto G5 Plus dibawa masuk ke Malaysia untuk bertanding dalam gelanggang kelas pertengahan sebagai pesaing yang utuh.

Jika dulu, Moto G adalah sebuah siri telefon bermaterikan plastik, Moto G5 Plus hadir dengan binaan besi. Maka, panel belakang tidak lagi boleh ditukar ganti seperti sebelumnya.

Walaupun terletak dalam kelas bajet, G5 Plus masih miliki beberapa ciri yang tidak boleh dipandang ringan. Skrin 5.2 incinya memiliki resolusi HD penuh dan ia menggunakan cip pemproses terbaik untuk kelas pertengahan setakat ini, Snapdragon 625.

Jika anda mahukan sebuah telefon yang paling hampir dengan Vanilla Android, Moto G5 Plus adalah jawapannya. Ia menggunakan Android 7.0 Nougat dengan modifikasi yang paling minimum pada sistem operasinya, tidak seperti MIUI dan ColorOS contohnya.

Terdapat beberapa ciri-ciri intuitif yang disuntik pada telefon ini. Moto Actions menjadikan interaksi anda dengan telefon menjadi mudah hanya menggunakan gerakkan tangan. Contohnya, kilaskan pergelangan tangan semasa memegang telefon untuk melancarkan telefon dan lakukan gerakkan karate untuk pasang lampu LED.

Kamera pada G5 Plus adalah paling canggih untuk siri itu setakat ini. Ia menggunakan sensor 12 MP dengan apertur F1.7. Teknologi Dual Autofocus Pixel digunakan untuk mempercepat bidikan fokus 60% lebih pantas dan ia mampu merakam video 4K pada 30 fps.

Bateri 3,000 mAhnya boleh diisi pantasn melalui pengecasan TurboPower. 15 minit cas memberikan 6 jam waktu penggunaan.

RM1,299 adalah tanda harga rasmi telefon ini dan ia hanya boleh dibeli secara sah melalui saluran dalam talian Lazada. Anda akan menerima satu Flip Case dan jaminan tambahan setahun yang berharga RM259.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: